/[Berita @ China] 9 Finalis ‘Idol Producer 2’ bakal debut dengan ‘UNINE’

[Berita @ China] 9 Finalis ‘Idol Producer 2’ bakal debut dengan ‘UNINE’

 

‘Idol Producer’ atau Qīngchūn yǒu nǐ adalah sebuah program hiburan realiti di China. Mengambil inspirasi dari program realiti popular Korea ‘Produce 101’, ‘Idol Producer’ kini telahpun memasuki musim yang kedua. Program ini telah dihoskan oleh  Lay Zhang. Manakala Li Ronghao, Jolin Tsai, MC Jin, Xu Minghao (The 8 – Seventeen), dan After Journey pula bertindak sebagai tenaga pengajar.

‘Idol Producer 2’ disertai oleh 100 pelatih dari seluruh China di mana terdiri daripada pelbagai agensi hiburan yang berbeza dan telah dilatih selama empat bulan. Semua pelatih telah dinilai berdasarkan tugas yang diberikan merangkumi persembahan solo serta berkumpulan bagi setiap minggu.

Pada 6 April lepas yang merupakan episode kemuncak, sembilan finalis telah dipilih berdasarkan undian yang diterima dan kesembilan mereka akan debut sebagai sebuah kumpulan yang dinamakan ‘UNINE’. Sembilan finalis tersebut adalah Li Wenhan (李汶翰), Li Zhenning (李振寧), Yao Mingming (姚明明), Guan Li (管櫟), Jia Yi (嘉羿), Hu Chunyang (胡春楊), Xia Hanyu (夏瀚宇), Chen Youwei (陳宥維) dan He Changxi (何昶希). Li Wenhan adalah peserta kegemaran ramai sehingga akhirnya dinobatkan sebagai pemenang tempat pertama dan merupakan peserta untuk posisi tengah ‘center’.

1. Li Wenhan

2. Li Zhenning 

3. Yao Mingming

4. Guan Yue

5. Jia Yi

6. Hu Chunyang

7. Xia Hanyu

8. Chen Youwei 

9. He Changxi 

Bagaimanapun, ‘Idol Producer 2’ ini tidak terlepas dari kontroversi yang dikhabarkan kecoh di aplikasi Weibo yang melibatkan kedudukan Chen Youwei yang menduduki tempat ke-8. Dikatakan, ketika MC, He Jiong ingin mengumumkan tempat ke-8, seorang krew produksi naik ke pentas dan memberikan satu sampul surat kepadanya. Ramai peminat merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan sampul surat terbaru itu. Setelah diumumkan Chen Youwei ditempat ke-8, kamera fokus kepada pengurusnya yang memperlihatkan riak muka yang kurang senang dan bertindak meninggalkan majlis sebelum ianya berakhir. Chen Wei khabarnya layak menduduki ranking yang lebih tinggi memandangkan prestasinya yang baik sebelum ini dan sering menduduki ranking yang lebih baik sebelumnya.  Kemudian, wakil dari agensi pengurusan Chen You Wei; Ciwen Media telah berkongsi ucapan tahniah di atas kejayaan Chen Youwei yang berjaya debut. Beliau turut menyatakan, “Apapun kebahagian adalah yang paling penting.  Yang lain hanyalah drama.”

Aktor tempatan, Sun Jian, juga kelihatan tidak senang dengan keputusan tersebut dan berkongsi perasaannya menerusi Weibo. Beliau memanggil peserta yang menduduki tempat ke 10-12 (Lian Huaiwei, Shi Zhan , Yao Chi) untuk menubuhkan sebuah kumpulan yang baru.

Apapun, selamat maju jaya buat UNINE. Sebelum itu, jom saksikan lagu tema ‘Idol Producer’ – Youth Has You

UNINE Official Accounts:

Weibo: UNINE官博
Twitter: UNINE_official

Sumber : ETtoday.net, Weibo (123, 4)

Komentar

comments

loading...