/“Aku hampir terfikir nak mati..”- Park Yoo Chun nafi pernah ajak bekas tunang hisap dadah bersama-sama

“Aku hampir terfikir nak mati..”- Park Yoo Chun nafi pernah ajak bekas tunang hisap dadah bersama-sama

Park Yoo Chun telah mengadakan sidang media petang tadi bagi menyangkal tuduhan bahawa dia merupakan selebriti yang diwar-warkan menghisap dadah bersama-sama Hwang Hana atas sebab mereka pernah bertunang sebelum ini. Seperti didedahkan pihak media beberapa hari lalu, Hwang Hana dilaporkan dibebaskan tanpa didakwa di mahkamah atas kesalahan mengedar dadah dan selebriti ‘A’ dinamakan sebagai orang yang pernah menemani Hwang Hana melakukan kerja terkutuk itu.

Berdasarkan keratan ucapan panjang lebar dibacakan penyanyi kumpulan kpop JYJ itu, Park Yoo Chun menafikan dia pernah menyalahgunakan dadah tetapi mengaku pernah memakan pil tidur sewaktu menyinggahi rumah Hwang Hana kerana mengalami kemurungan akibat dikecam netizen berulang-ulang kali gara-gara tuduhan rogol oleh beberapa orang gadis kelab malam.

TVC-mall WW

“… Aku sedang menerima rawatan kemurungan. Aku disiasat suatu masa dulu, dan telah terbukti tak bersalah. Disebabkan masyarakat asyik mengecamku, aku ingat aku boleh bermuhasabah diri. Tapi, aku hampir terfkir nak mati sebaliknya ,” katanya.

Sejak daripada itu, Park Yoo Chun mula mengalami kemurungan berpanjangan dan kerap meneguk arah bagi menghilangkan rasa kekosongan jiwa.

“Sewaktu aku tak mampu memaafkan diriku, aku tak boleh tidur, jadi aku pun minum arak. Sampaikan aku dirawat oleh pakar psikiatri dan baru boleh terlena selepas mengambil pil tidur. Aku tak pernah hisap dadah. Apabila Hwang Hana bagitahu ada selebriti yang mengajaknya hisap dadah, aku bimbang dituduh akulah orangnya. Aku takut dilabel penagih dadah. Jadi, bila orang kerap tuduh aku, maka lebih baik aku jumpa pihak berkuasa untuk disiasat ,” ungkapnya lagi.

Menceritakan hubungannya dengan bekas tunang, Hwang Hana, Park Yoo Chun mengakui bahawa wanita itu pernah berada ketika dia mengalami kesusahan dalam hidup.

“Aku putus hubungan dengan Hwang Hana sejak awal tahun 2018 lagi. Hwang Hana tak mau melepaskan aku. Oleh sebab dia pernah berada sewaktu orang lain mencemuhku pada tahun 2017 dahulu, aku rasa bersalah. Aku cuba hubunginya semula, dengar permasalahnnya kembali dan cuba tenangkan dirinya. Tapi, aku tak berjaya sehingga aku sendiri ambil pil tidur semata-mata untuk tidur saja. Aku tahu Hwang Hana ambil pil tidur untuk hilangkan kemurungan tapi ianya bukan atas saranan aku. Dia tak pernah sesekali bagitahu pernah ambil dadah di hadapanku. Dia cuma bagitahu penyakit murungnya semakin terus semenjak kami berpisah , ” luah Park Yoo Chun.

Mengakhiri ucapannya, Park Yoo Chun juga menegaskan bahawa sekiranya dia berdiam diri, dia terpaksa bersara dari dunia hiburan, seterusnya hidupnya tak terbela. Maka, kedatangannya adalah untuk menceritakan segala-galanya yang terbuku di hati.

Sumber: donga , IS Plussedaily

Komentar

comments

loading...

Admin Kmania.