/“Monbebe, ‘WE ARE HERE’ in Kuala Lumpur Jun ini, jangan lupa,” MONSTA X

“Monbebe, ‘WE ARE HERE’ in Kuala Lumpur Jun ini, jangan lupa,” MONSTA X

MONSTA X akan kembali bertemu peminatnya di Malaysia selepas persembahan pertama mereka di Festival Muzik K-WAVE 3 pada Ogos 2018! Wohoo!

Kuala Lumpur, 9 April 2019 – MacpiePro teruja untuk menganjurkan konsert MONSTA X  secara langsung di Malaysia buat kali kedua!  Kali ini, MONSTA X akan memimpin konsert mereka sendiri dan MONBEBE sudah pasti tidak sabar menyaksikan persembahan idola mereka yang mantap, menghiburkan dan gempak. MONSTA X adalah kumpulan K-POP kedua yang bakal menguasai pentas di bawah pelan Crazy 20 MacpiePro tahun ini.

Pengenalan artis : MONSTA X

MONSTA X terdiri daripada tujuh ahli kumpulan iaitu Shownu, Wonho, Minhyuk, Kihyun, Hyungwon, Joohoney and I.M. Ditubuhkan oleh Starship Entertainment pada tahun 2015, kumpulan ini telah melancarkan empat buah album studio penuh, enam EP, satu album kompilasi, satu album video dan 16 single.

Kesemua album MONSTA X diterima baik oleh peminat mereka di seluruh dunia yang digelar sebagai ‘MONBEBE’.

Kumpulan ini melancarkan EP pertama mereka yang berjudul ‘Trespass’ pada Mei 2015 dan berjaya menduduki tangga kelima dalam Carta Gaon Korea. Sejak itu, MONSTA X telah menembusi carta antarabangsa apabila album studio Korea kedua mereka yang berjudul ‘Take.1 Are You There?’ pula menduduki tangga ketujuh dalam Carta Album Dunia Billboard.

Baru-baru ini, MONSTA X bekerjasama dengan produser muzik, Steve Aoki bagi lagu berjudul ‘PLAY IT COOL’ dari album studio Korea ketiga mereka, ‘Take. 2 We Are Here’ yang turut dibantu oleh pemuzik elektro.

Mereka telah memenangi 23 anugerah dalam pelbagai majlis anugerah seperti Anugerah Artis Asia, Anugerah Muzik Seoul, Anugerah Muzik Korea Popular dan lain-lain. MONSTA X juga telah memenangi tujuh anugerah daripada program muzik seperti ‘The Show’, ‘Show Champion’, ‘M Countdown’ dan ‘Music Bank’.

2019 MONSTA X WORLD TOUR ‘WE ARE HERE’ IN KUALA LUMPUR

2019 MONSTA X WORLD TOUR ‘WE ARE HERE’ IN KUALA akan menemui peminatnya di Malaysia pada 22 Jun 2019 di Stadium Tertutup Malawati, Shah Alam tepat jam 6 petang.

Tarikh Masa Tempat Jualan Tiket 
 HITS Deal  13 April – 19 April 2019  10 am  Kedai gaya hidup digital Mcalls dan laman web rasmi   Mcalls https://mcalls.asia
 Jualan Tiket Offline  20 April – 21 April 2019  12 pm  Kedai gaya hidup digital Mcalls
 Jualan Tiket Online  Mulai 22 April 2019  12 pm  Laman web rasmi MacpiePro www.macpiepro.com &   MMspot

Tiket konsert dijual pada harga RM273 (Zon Hijau), RM373 (Zon Ungu), RM483 (Zon Kuning), RM573 (Zon Merah), RM593 (Zon MONBEBE) dan RM693 (Zon MONBEBE Pakej VIP).

Menariknya, zon MONBEBE Pakej VIP menyediakan akses ‘Hi-touch’ dan MONBEBE berpeluang mendapatkan poster yang ditandatangani oleh MONSTA X. Manakala bagi yang membeli tiket di portal tiket rasmi kami pada minggu pertama jualan, anda berpeluang memenangi ‘Send-off Pass’ menerusi cabutan bertuah.

Mcalls Penaja Titanium 2019 MONSTA X WORLD TOUR ‘WE ARE HERE’ IN KUALA LUMPUR

Dengan misi korporat MacpiePro untuk meningkatkan semangat “STRESS-FREE-MUSIC” dalam kalangan pencinta muzik, MacpiePro bekerjasama lagi dengan Mcalls untuk menyediakan kejutan ‘HITS’ khas buat pencinta muzik.

Kolaborasi strategik ini membolehkan pencinta muzik menikmati diskaun 30% dari harga tiket apabila mereka melanggan Mcalls HITS Plan.

HITS Plan memberi kelebihan kepada Fans untuk membeli dua tiket 2019 MONSTA X WORLD TOUR ‘WE ARE HERE’ IN KUALA LUMPUR dengan harga diskaun. Jangan lepaskan peluang untuk membeli dua tiket pertama dengan diskaun 30%.

Manakala bagi pembelian dua lagi tiket tambahan, Fans boleh mendapatkan diskaun sebanyak 10% (sama ada Zon Merah RM573 atau Zon MONBEBE RM593).

Mcalls Fans sedia ada pula boleh menaik taraf kepada HITS Plan dan menikmati tawaran hebat HITS Deal.

Untuk maklumat lanjut mengenai cara melanggan Mcalls HITS Plan, sila layari laman web Mcalls https://mcalls.asia atau hubungi khidmat pelanggan Mcalls di 03-277882233 (Isnin – Jumaat dari 9AM hingga 6PM).

Media sosial MacpiePro

Facebook: www.facebook.com/MacpiePro

Instagram: www.instagram.com/macpiepro

Komentar

comments

loading...