/Ditarik jatuh dari pentas, kali ini Asad Motawh di’ratah’ siap-siap oleh peminat sasaeng

Ditarik jatuh dari pentas, kali ini Asad Motawh di’ratah’ siap-siap oleh peminat sasaeng

Jika anda masih ingat lagi tak lama dulu bahawa Asad Motawh pernah didakap secara tak semena-mena oleh peminat sasaeng-nya, kali ini ada yang lebih ekstrem apabila menariknya jatuh dari atas pentas untuk didakap beramai-ramai oleh mereka.

Kejadian ini dikatakan berlaku ketika mengadakan persembahan di dalam konsert jelajah ‘Percaya’ di Sabah semalam. Asad Motawh memuatnaik sendiri video yang menyaksikannya berdiri berdekatan dengan peminatnya sebelum ditarik jatuh ke bawah dan sempat dipegang oleh pengawal peribadinya sebelum terhimpit ke dalam lautan peminat.

TVC-mall WW

Mungkinkah kejadian ini hanya sekadar gimik oleh penyanyi tersebut atau secara kebetulan saja? Apapun, mohon rakyat Malaysia lebih beradab dan menjaga adat-adat ketimuran. Untuk pengetahuan anda, Asad Motawh juga akan menyertai konsert UChat Songkran Day Out pada 13 dan 14 April nanti.

https://www.instagram.com/asad.motawh/p/Bv9B0sggUon/

Komentar

comments

loading...

Admin Kmania.