/[Analisis] Adakah Roy Kim akan berpatah arang dengan Jung Joon Young demi menjaga tengkuk sendiri?

[Analisis] Adakah Roy Kim akan berpatah arang dengan Jung Joon Young demi menjaga tengkuk sendiri?

Ia bukan rahsia lagi Roy Kim merupakan sahabat sejati Jung Joon Young. Mereka telah lama berkawan sejak kedua-duanya debut sebagai penyanyi melalui program realiti Superstar K4. Melalui Jun Joon Young juga, Roy Kim mengenali Seungri. Sewaktu Seungri mengadakan konsert solonya pada Februari lalu meskipun berhadapan dengan kontroversi kelab ‘Burning Sun’ jagaannya, Roy Kim menghantar surat menyatakan bahawa dia tak dapat hadir ke konsert penyanyi tersebut.

Untuk makluman, beberapa kali mereka diperhatikan pernah muncul bersama, termasuklah Celeb Bros di mana keikhlasan mereka telah menarik perhatian penonton. Di dalam program realiti itu, Roy Kim yang dikenali sebagai seorang agak pemalu dan berjaga-jaga tentang soal keperibadiannya dilihat mengimbangi perangai Jung Joon Young yang sedikit liar dan tak kisah dengan anggapan orang di sekeliling terhadap dirinya. Pernah suatu ketika, Roy Kim pernah diberi amaran oleh ayahnya supaya tak berkawan dengan Jung Joon Young yang mana amaran itu sudah pasti tidak diendahkan. Sehingga kini, sudah lebih 7 tahun hubungan persahabatan ini terjalin.

Kali terakhir mereka dikatakan turun bersama adalah 27 November yang lalu berdasarkan kemaskini dibuat oleh Roy Kim di instagram nya. Kapyen tersebut sudah pasti berkaitan dengan perlawanan bola sepak yang dihadiri mereka bersama. Selepas itu, mereka tidak lagi menyatakan perhubungan mereka secara terbuka dan Roy Kim tetap menguncikan mulutnya sejak skandal penyebaran video seks Jung Joon Young mula menghinggap perhatian netizen.

View this post on Instagram

⚽️❤️⚽️

A post shared by 로이킴 Roy Kim (@roykimmusic) on

Persoalannya,adakah Roy Kim akan berpatah arang dengan Jung Joon Young demi menjaga tengkuk sendiri? Umum diketahui, pihak polis belum dapat mengenalpasti penglibatan Roy Kim di dalam skandal penyebaran video seks Jung Joon Young samada beliau hanya sekadar menonton saja, dan bukannya terbabit dalam rakaman atau berkongsi video atau gambar mangsa dengan orang lain. Bukti akaun tertuduh hanya dapat diperolehi semasa soal-siasat nanti. Inilah yang berlaku pada Yoon Jun Hyung, bekas ahli kumpulan Highlight dan Lee Jong Hyun CNBlue yang hanya mengaku menonton saja dan tak dikenakan tindakan undang-undang selanjutnya. Setelah kecaman demi kecaman bertalu-talu dibuat oleh netizen terhadap mereka, kedua-duanya memilih untuk bermuhasabah diri. Yoon Jun Hyung lebih berani keluar daripada Highlight serta-merta sebelum beliau menyertai latihan khidmat ketenteraan manakala Lee Jong Hyun tetap komited bersama dengan CNBlue walaupun reputasinya habis tercalar teruk gara-gara imej ‘gila seks’ dicopkan ke atasnya berdasarkan mesej perbualan seks antaranya dengan Jung Joon Young didedahkan tak lama dulu.

Baca lagi : Gian bermain Pokemon Go, Roy Kim mungkin belajar sesuatu daripada Jung Joon Young

Roy Kim hanya perlu mengabaikan Jung Joon Young. Dengan pengakuannya saja, dia boleh menyelamatkan diri dan dikecualikan daripada tindakan undang-undang seperti dialami oleh Jung Joon Young, Seungri dan Choi Jong Hoon. Sudah semestinya, netizen baik yang berada di Korea mahupun di Malaysia ini mudah menjadi pemaaf dan melupakan peristiwa memalukan itu demi kelangsungan bakat nyanyiannya, disebut-sebut sebagai penerus legasi raja Ballad di Korea suatu masa nanti.  Lagipun, Roy Kim tak banyak berbunyi menjadikan dirinya sedikit kalis daripada kecaman.

Sumber: OSEN, spot tv news

Komentar

comments

loading...

Admin Kmania.