/Netizen terpukau dengan kegemersikan suara Chen EXO di dalam ‘Beautiful Goodbye’

Netizen terpukau dengan kegemersikan suara Chen EXO di dalam ‘Beautiful Goodbye’

Siapa dapat menduga, Chen atau pemilik nama ‘Kim Jong Dae’ ini sekali lagi mampu memberikan lagu ballad yang mengasyikkan dan memukau perhatian pendengar dengan single solonya untuk pertama kali (bukan runut bunyi drama korea) berjudul ‘Beautiful Goodbye’. Lagu yang dijadikan sebagai single pertama itu dimuatkan dalam album EP sulungnya, April, and Flower yang dilancarkan bermula semalam.

Muzik video ‘Beautiful Goodbye’ memaparkan Chen menyanyi dengan berlatarbelakangkan pepohon yang sudah tak bermaya sambil ditemani dengan ratusan gadis yang menari dan berpakaian jarang menutup muka. Menurut Billboard, lagu ini menandakan hari-hari terakhir untuk mengucapkan selamat tinggal pada perhubungan yang terjalin selama ini. Chen dipuji bukan saja kerana kegemersikan suaranya menyanyikan lagu balad dengan agak baik, tapi juga emosi yang diterjemah dalam bentuk metafor bagi menunjukkan kekecewaannya akibat patah hati. Single ini akan disusuli metafor berikutnya di mana Chen dikelilingi pepohon nan hijau dan bunga kembang mekar menandakan dia akan bangkit semula.

TVC-mall WW

Sejak ‘Beautiful Goodbye’ dilancarkan kelmarin, single ini berjaya menyapu bersih kedudukan no.1 di dalam hampir kesemua carta muzik harian Korea termasuklah Melon, Segundo Roof, Genie, Bugs, dan Naver sejak semalam bersaing dengan Violeta nyanyian IZ*ONE. Manakala, kedudukan sebenar ‘Beautiful Goodbye’ untuk minggu pertama akan dimaklumkan oleh Gaon Music Charts dan Billboard Kpop Hot 100 tak lama lagi.

Chen EXO telah banyak menyanyikan lagu-lagu solonya sebagai runut bunyi untuk beberapa drama korea popular termasuklah SBS It’s Okay That’s Love untuk ‘The Best Luck’, KBS Descendants of The Sun untuk ‘Everytime’ , SBS Scarlet Heart : Ryeo untuk ‘I’m Not Okay’ dan tvN 100 Days My Prince untuk ‘Cherry Blossom’.

Sumber: Billboard , Soompi , Twitter

Komentar

comments

loading...

Admin Kmania.