/Kerana dituduh bersangkutan dengan Seungri, Go Jung Hee dikatakan terpaksa tolak tawaran drama KBS Perfume

Kerana dituduh bersangkutan dengan Seungri, Go Jung Hee dikatakan terpaksa tolak tawaran drama KBS Perfume

Aktress Go Jung Hee dilaporkan terpaksa menolak tawaran lakonan di dalam KBS Perfume yang diberikan kepadanya setelah mengadakan perbincangan dengan produser drama tersebut semalam rentetan daripada skandal Seungri dikaitkan ke atasnya sebelum ini, menurut xsportnews.

Sebelum ini, Go Jung Hee sedang menimbangkan drama berkenaan secara positif dan jika dia menerima tawaran itu, maka dia akan bergandingan bersama Eric Moon Shinhwa untuk pertama kali.Karakter tersebut ialah seorang suri rumah yang telah menyerahkan hidupnya pada keluarganya sebelum dia menyesal dan menggunakan pewangi ajaib untuk mengubah hidupnya ke arah lebih baik. Laporan juga menyebut Eric Moon menolak sebelum digantikan oleh Shin Sung Rok.

Walaubagaimanapun, kontroversi baru-baru ini telah mengaitkan dia antara selebriti dikatakan telah disebut-sebut oleh Seungri, Jung Joon Young dan Choi Jong Hoon untuk memenuhi undangan parti meraikan seorang hartawan Jepun pada 2015. Sebilangan netizen pula mendapati Go Jung Hee berada di New York pada masa itu dan dikatakan berjumpa dengan Seungri.

Go Jung Hee yang dikaitkan khabar angin itu terus menafikan sekeras-kerasnya bahawa perkaitan dengan Seungri bukan sebab dia menolak tawaran drama itu.

“Khabar angin itu tak berasas, saya hanya menilai balik persembahan lakonan saya secara positif saja.”

Sumber: xsportnews

Komentar

comments

loading...

Admin Kmania.