/Dua drama baru lakonan Yeo Jin Goo ini akan menemui penonton pada Mei dan penghujung tahun 2019

Dua drama baru lakonan Yeo Jin Goo ini akan menemui penonton pada Mei dan penghujung tahun 2019

Yeo Jin Goo mungkin bakal mencatatkan sejarah sebagai artis Korea pertama mempunyai tiga drama bersiri untuk slot mingguan dalam setahun. Ia bermula dengan tvN Crowned Clown yang disiarkan pada awal tahun hari itu, disusuli dengan dua drama yang akan menemui penonton berselang-seli pada Mei dan penghujung tahun 2019 nanti.

Hal ini kerana drama lakonannya yang tertangguh sebelum ini iaitu Absolute Boyfriend sudah ditentukan jadual tayangannya di cenel SBS pada bulan hadapan sebagai gantian kepada SBS Big Issue. Setelah sekian lama pihak produksi memerapkan drama ini, mereka mengesahkannya sebentar tadi, “Drama ini tak terlalu berat jalan ceritanya, malah penuh dengan kegembiraan. ‘Absolute Boyfriend’ akan ,menyergah layar emas pada Mei 2019.”

 ‘Absolute Boyfriend’ diadaptasikan daripada siri manga Jepun yang popular oleh Watase Yuu dengan tajuk yang sama, berkisarkan  tentang robot (android) bernama ‘Night Tenjo’ yang telah diprogramkan untuk menjadi sorang kekasih yang sempurna. Riiko Izawa ialah seorang wanita yang begitu teringin untuk memiliki teman lelaki, dan dia akhirnya memiliki robot tersebut yang dikenali sebagai Night Tenjo. Bagaimanapun, ianya bakal mewujudkan situasi percintaan tiga segi apabila seorang lelaki dipejabat Riiko juga menaruh perasaan terhadapnya. Minah akan memegang watak sebagai seorang jurusolek  kesan khas Uhm Da Da, yang mana sebelum ini pernah ditawarkan  kepada Song Ji Hyo. Yeo Jin Goo pula akan membawakan watak Young Goo, sebuah robot yang direka untuk menjadi teman lelaki yang sempurna bagi seorang wanita. Hong Jong Hyun berkemungkinan besar akan memegang watak  seorang pelakon popular Ma Wang Jun, di mana watak ini pernah ditawarkan kepada Chun Jung Myung sebelum ini.

Dalam masa yang sama, Yeo Jin Goo turut akan membintangi drama tulisan penulis skrip lagenda, adik-beradik Hong untuk terbitan cenel tvN, ‘Hotel Del Luna’ yang dirancang untuk tayangan pada penghujung tahun 2019 ini bersama Lee JI Eun (IU). Beliau akan membawa watak sebagai pengurus hotel berhantu ‘Hotel del Luna’ di mana pelbagai makhluk halus mendiaminya termasuklah ‘puteri bunian’ yang akan dilakonkan oleh Lee Ji Eun (IU).

Sumber: sport donga

Komentar

comments

loading...