/Song Jae Rim & Kim Se Jong bakal disatukan untuk drama muzikal misteri KBS Let Me Hear Your Song ?

Song Jae Rim & Kim Se Jong bakal disatukan untuk drama muzikal misteri KBS Let Me Hear Your Song ?

Song Jae Rim dijangka akan kembali menyinari industri drama korea bagi drama bersiri KBS terbaru berjudul ‘Let Me Hear Your Song’ bersama Kim Se Jong daripada kumpulan Gugudan.

Beliau akan memegang watak utama seorang  professor madya kolej muzik, merangkap seorang ‘maestro’ , yakni konduktor muzik kumpulan simfoni orkestra. Watak dilakonkan ini mungkin kelihatan pelik tapi penuh dengan kemesraan. Song Jae Rim akan menyelongkar misteri di sebalik kehilangan memori seseorang gadis kerana trauma akibat menyaksikan pembunuhan kejam pada suatu masa dahulu. Gadis tersebut bakal dilakonkan oleh Kim Se Jong.

Secara ringkasnya, drama ini berentakkan muzikal dengan disadurkan eleman kemisterian, Song Jae Rim baru saja membintangi drama jtbc Clean With Your Passion Now manakala Kim Se Jong baru mula berjinak-jinak semula dalam dunia lakonan setelah mempersembahkan lakonan agak menarik di dalam KBS School 2017 sehingga meraih Popular Rookie Actress di dalam 6th CARI Kdrama Awards yang lalu.

KBS ‘Let Me Hear Your Song’ akan diarahkan oleh Lee Jung Mi (KBS Naeil’s Cantabile) dan mendapat khidmat penulis skrip, Kim Min Joo (Sunny Again Tomorrow). Ia dijangka ditayangkan menjelang bulan Ogos ini.

Sumber: ytn

Komentar

comments

loading...

Admin Kmania.