/Seo Kang Joon sebagai detektif di bawah arahan Han Suk Kyu di dalam OCN Watcher ?

Seo Kang Joon sebagai detektif di bawah arahan Han Suk Kyu di dalam OCN Watcher ?

Setelah Han Suk Kyu diberitakan akan mempertimbangkan projek terbarunya bersama pengarah Ahn Gil Ho untuk drama OCN Watcher pada Februari lalu, kali ini Seo Kang Joon pula akan menyertainya sebagai salah seorang pelakon utama drama bersiri tersebut.

OCN ‘Watcher’ memaparkan kisah tentang tiga orang lelaki dan seseorang perempuan yang berhubungan baik telah berpatah arang disebabkan sesuatu tragedi mengayat hati berlaku pada masa lalu. Tragedi itu melibatkan seorang anak muda yang menyaksikan lelaki berpangkat tinggi samada peguam atau polis yang membunuh ibunya pada tahun lima belas tahun lalu dan seorang bekas pendakwaraya yang menjadi pelatih polis.  Namun, takdir menemukan mereka semula sebagai pasukan penyiasat polis tentang korupsi. Han Suk Kyu akan memegang watak utama yang menjadi ketua kumpulan penyiasat tersebut.

Manakala Seo Kang Joon akan pula sebagai Kim Young Gun, seorang pegawai polis trafik. Disebabkan trauma dialaminya sejak kecil, Kim Young Gun akan cuba menangkap penjenayah tanpa ragu-ragu.

Drama ini bakal mendapat Ahn Gil Ho sebagai sutradaranya dengan berbekalkan penulis skrip tvN Good Wife, Han Sang Woon. Ahn Gil Ho merupakan pengarah drama yang penuh profilik dengan adegan suspens seperti ditonjolkannya di dalam tvN Stranger dan tvN Memories of Alhambra.

Sumber: IS Plus, sport donga

Komentar

comments

loading...

Admin Kmania.