/Yoon Kyung Sang tak tahan sebak melihat kucingnya ‘pergi’ tiba-tiba sehingga undang simpati rakan selebriti

Yoon Kyung Sang tak tahan sebak melihat kucingnya ‘pergi’ tiba-tiba sehingga undang simpati rakan selebriti

Yoon Kyung Sang mungkin tampak kasar orangnya, tapi sebenarnya mudah rapuh hatinya apabila sesuatu berlaku ke atas haiwan peliharaannya, kucing. Baru-baru ini, Yoon Kyun Sang memuatnaik gambar kenangannya bersama kucing tersayang bersertakan kapsyen yang panjang lebar menandakan bahawa dia masih meratapi pemergian kucingnya tu.

Menurut Yoon Kyung Sang, kucingnya itu telah mati setelah mengalami radang paru-paru yang teruk.

“Pada jam 6 petang 27 Mac, kucing bongsu kami, Somi menyeberangi jambatan pelangi. Ia mengalami pneumonia setelah muntah masuk ke dalam paru-parunya sewaktu sedang membatukkan keluar bebola rambut.Pada awalnya, ia kelihatan akan sembuh tetapi semakin kami mengambil banyak gambarnya, semakin kami rasai muntah memasuki ruang paru-parunya. Apabila kami membawanya untuk diperiksa, tiba-tiba ia mati ,” luah Yoon Kyung Sang menjelaskan bagaimana kucing peliharanya mati.

“Mungkin Somi nak berhebat kerana ianya terlalu sukar baginya…Kepala saya sakit, dada pula macam dicucuh-cucuh (berapi) ,” luahnya lagi.

Yoon Kyung Sang sempat memberikan pesanan buat peminat kucing yang membela mereka kerana ingin tahu atau cemburu melihat orang lain berbuat demikian.

“Saya minta maaf kerana tak menjadi ayah yang baik, buatmu anak tersayang,”sambung Yoon Kyung Sang lagi mengakhiri luahannya itu.

Luahan Yoon Kyung Sang telah menyebabkan ramai selebriti Korea datang ke instagram-nya cuba untuk memujuknya. Segelintir pula memuji sifat kasih sayang yang ditunjukkannya sebagai peminat kucing. Sung Hoon, Lee Sung-kyung dan Cho Seung-hee melahirkan rasa simpati mereka manakala Chae Soo-bin pula memujuknya dengan berkata , “Terima kasih menjadi ayahnya. Somi mungkin sudah ke tempat lebih baik (syurga) sekarang dengan rantaian memori yang indah.”

Sumber: instagram

Komentar

comments

loading...

Admin Kmania.