/Lee Dong Wook berjanji akan lindungi Yoo In Na sehingga ke akhir hayat di dalam tvN Touch Your Heart

Lee Dong Wook berjanji akan lindungi Yoo In Na sehingga ke akhir hayat di dalam tvN Touch Your Heart

Dalam episod terbaru baru-baru ini, hubungan Kwon Jung Rok (Lee Dong Wook) dan Oh Yoon Seo (Yoo In Na) menjadi semakin rapat setelah Kwon Jung Rok berterus-terang tentang perasaannya terhadap Oh Yeon Seo.

Tindakan ini diambil kerana terlalu cemburu melihat Oh Yoon Seo mendampingi lelaki lain. Kwon Jung Rok berubah menjadi lelaki yang ‘macho’ tiba-tiba lalu membaringkan Oh Yeon Seo ke atas sofa, sehingga membuatkan Oh Yeon Seo berasa terkesima.

“Pegang tanganku dengan erat dan aku akan menjagamu sehingga ke akhir hayat , ” luah Kwon Jung Rok setelah tidak tahan lagi membiarkan hubungan cinta mereka diprivasikan lagi di depan orang ramai.


tvN  ‘Touch Your Heart’ merupakan adaptasi daripada novel nukilan Jager, berkisarkan tentang seorang aktres terkenal Oh Yoon Seo yang sedang menjalani hubungan teman tapi mesra dengan seorang peguam sebelum mula dibenci peminatnya apabila terbabit dalam skandal dengan seorang chaebol. Kwon Jung Rok ialah seorang peguam yang sangat berdedikasi dan sentiasa komited dengan kerjanya. Beliau juga yang akan menjaga rahsia dan kredibiliti Oh Yoon Seo sewaktu karier seninya di ambang kemusnahan gara-gara skandal yang berlaku.

Drama ini yang merupakan gandingan ke-2 kapel tersebut selepas tvN Goblin akan menyiarkan episod terakhirnya pada hari ini, 29 Mac 2019 menerusi cenel tvN Asia (Astro 395 & Unifi 211) jam 9.45 malam.

Sumber: tvN Asia

Komentar

comments

loading...

Admin Kmania.