/Ingin berubah angin ke Management SOOP, Suzy ambil keputusan untuk tinggalkan JYP Entertainment

Ingin berubah angin ke Management SOOP, Suzy ambil keputusan untuk tinggalkan JYP Entertainment

Awal pagi ini (26 Mac), desas desus mengatakan bahawa Suzy bakal meninggalkan agensi JYP Entertainment akhirnya terjawab. Suzy mula bernaung di bawah pengurusan JYP Entertainment sejak beliau debut bersama kumpulannya, Miss A pada tahun 2010. Beliau telah memperbaharui kontraknya Mac 2017 dan akan tamat pada 31 Mac ini. Sumber terdekat memberitahu bahawa Suzy tidak akan memperbaharui kontraknya dan berhasrat untuk bernaung dengan agensi yang lain.

Tidak lama selepas itu, agensi JYP Entertainment telah mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara itu (Suzy meninggalkan JYP). Kenyataan tersebut adalah seperti berikut:

Hello. Ini adalah JYP Entertainment.

Kami ingin memaklumkan bahawa kontrak eksklusif JYP dengan Suzy akan berakhir pada 31 Mac.

Kami telah berbincang dari hati ke hati  sejak beberapa bulan yang lalu, dan akhirnya kami memutuskan untuk tidak memperbaharui kontrak bersama.

Berikutan beliau mula debut bersama kumpulan Miss A pada 2010, beliau antara artis yang paling tekun bekerja di JYP dengan menunjukkan prestasi yang luar biasa.

Pada tahun 2017, katas kepercayaan Suzy kepada kami, beliau memperbaharui kontraknya dan meneruskan karier seninya di bawah pengurusan kami. 

Dengan tulus dan ikhlas, kami ingin mengucapkan jutaan  terima kasih kepada Suzy, yang telah berhadapan dengan pelbagai peristiwa, serta kesibukan dengan JYP dalam tempoh sembilan tahun ini bermula tahun 2010 sehingga kini. Terima kasih kerana telah bersama kami, berkongsi kegembiraan serta kejayaan selama ini.

Di samping itu, kami juga mengucapkan terima kasih kepada peminat yang telah menyokong kerjaya beliau  dan memberikan kasih sayang selama ini terhadap Suzy dan JYP.

Biarpun perhubungan professional kami telah berakhir, JYP akan sentiasa menyokong dan memberikan semangat kepada Suzy di masa depan. 

Terima kasih.

Suzy Bakal sertai agensi Management SOOP

Tidak lama selepas itu, media melaporkan bahawa Suzy kini sedang dalam rundingan untuk menyertai Management SOOP, iaitu sebuah agensi khusus yang menguruskan pelakon.

Selepas JYP Entertainment mengeluarkan kenyataan rasmi berkenaan kontrak Suzy akan tamat pada 31 Mac ini, satu sumber memberitahu bahawa Suzy akan menyertai Management SOOP mulai April ini. Menurut sumber dari agensi Management SOOP,  “Kami sedang meneliti secara terperinci maklumat berkaitan mengenai kontrak eksklusif kami dengan Suzy.”

Untuk pengetahuan, Management SOOP adalah agensi yang menguruskan beberapa pelakon terkenal seperti Gong Yoo, Jung Yu Mi, Seo Hyun Jin, Kim Jae Wook, Gong Hyo Jin, dan ramai lagi. Bekas artis naungan JYP, iaitu pelakon Choi Woo Shik juga telah menandatangani kontrak dengan agensi ini pada tahun lepas.

Suzy memulakan kerjaya seninya pada 2010 sebagai ahli kumpulan wanita miss A dan membuat debut lakonannya menerusi drama KBS2 – “Dream High” pada tahun 2011. Sejak itu, Suzy bergiat aktif sebagai penyanyi dan pelakon. Terkini, Suzy sedang menjalani pengambaran drama SBS ‘Vagabond’ disamping Lee Seung Gi dan bakal membintangi filem terbaru yang berjudul  “Mount Baekdu”. Drama “Vagabond” akan bersiaran dirangkaian SBS sekitar Mei depan.

Apapun, kami ucapkan selamat maju jaya buat Suzy.

Sumber : Naver | edaily | sports.donga | Naver

Komentar

comments

loading...