/Jin Ki Joo terpaksa melayan kerenah bos Kim Young Kwang yang kurang ajar di dalam SBS ‘I Loved From Beginning’

Jin Ki Joo terpaksa melayan kerenah bos Kim Young Kwang yang kurang ajar di dalam SBS ‘I Loved From Beginning’

Dari kiri: Kim Young Kwang, Jin Ki Joo, Kim Jae Kyun dan Koo Ja Sung.

Jika tahun lepas kita disajikan drama romantik ‘What’s Wrong With Secretary Kim’ bercirikan hubungan romantik antara bos dengan setiausahanya sehinggakan penangan kapel Park Seo Joon dan Park Min Young telah mendambakan peminat kdrama, kali ini drama bersiri terbaru SBS berjudul ‘I Loved From Beginning’ turut menggunakan tema yang sama dengan penulisan yang berbeza. Ia bakal dianggotai oleh Kim Young Kwang, Jin Ki Joo, Kim Jae Kyun,  Koo Ja Sung dan Mu Ji Sung.

Kim Young Kwang akan memegang watak sebagai bos bernama Do Min Ik yang berperangai kurang ajar dan mudah naik angin, berlainan dengan perwatakan  ‘narcissist’ lakonan Park Seo Joon sebelum ini. Beliau yang merupakan pengarah kumpulan pertama disyarikat telekomunikasi, T&T selalu ‘mendera’ Jung Gal Hee (lakonan Jin Ki Joo) dengan berbagai-bagai tugasan yang tak sepatutnya. Beliau akan memanggil Jung Gal Hee ikut sesuka hatinya saja. Jung Gal Hee pula hanya menurutinya tanpa banyak songeh kerana dia sudah terbiasa dengan beban kerja yang banyak. Namun begitu, ketabahan hati Jung Gal Hee telah membuatkan Do Min Ik berubah dan mula menaruh hati kepadanya.

Kim Jae Kyung, bekas kumpulan idol ‘Rainbow’ ini pula sebagai Veronica Park, naib presiden syarikat ‘Cinema Park’  manakala Koo Ja Sung pula sebagai lelaki yang sopan dan menjadi idaman wanita. Ini merupakan drama pertama Koo Ja Sung sebagai salah seorang yang memegang watak utama.

SBS ‘I Loved From Beginning’ yang bakal mendapat sutradara baharu, Lee Kwang Young dan penulis skrip Kim A Jung (“MBC Queen of Ring”) dijadualkan tayangannya pada 9 Mei 2019 untuk siaran Isnin dan Selasa.

Sumber:  OSEN

Komentar

comments

loading...