/Blackpink menjadi penyelamat ketika saham YG jatuh menjunam

Blackpink menjadi penyelamat ketika saham YG jatuh menjunam

Skandal menyelubungi bekas artis jagaan mereka, Seungri serta kontroversi melibatkan CEO YG, Yang Min Suk telah menyebabkan saham syarikat hiburan itu terus jatuh menjunam.

Namun, sebaik saja YG membuat kejutan pagi tadi dengan gambar ‘teaser’ Lisa dan pengumuman single terbaru Blackpink, ‘Kill This Love’ dijadualkan pada 5 April 2019, saham syarikat itu terus mencanak naik ke paras yang agak stabil. Ia meningkat pada kadar 5.18% jam 9.18 pagi. Pengumuman single terbaru Blackpink ini telah menyelamatkan syarikat itu daripada mengalami kerugian berterusan disebabkan skandal-skandal yang berkaitnya.

Menurut YG, Blackpink sedang menjalani penggambaran hari ke-4 untuk pembikinan video klip ‘Kill This Love’ . YG turut menambah koreografi Blackpink kali ini lebih dinamik dan dijangka akan memenuhi selera terkini peminat kpop di persada antarabangsa.

Sumber: sport chosun

Komentar

comments

loading...