/Penuh dengan selamba, Kim Nam Gil menyamar bapuk jadian di dalam SBS The Fiery Priest

Penuh dengan selamba, Kim Nam Gil menyamar bapuk jadian di dalam SBS The Fiery Priest

Kim Nam Gil, pelakon yang terkenal dengan misainya, kembali dengan drama komedi terbaru berentakkan ‘thriller’ dan penyiasatan, SBS The Fiery Priest. Jika dulu, kita disajikan dengan telatah komedi Kim Nam Gil menerusi drama tvN Live Up To Your Name di mana dia membawa watak seorang doktor yang diterbangkan dari zaman Joseon.

Honey Lee, pemenang Best Supporting Actress CARI Kdrama Awards, tidak juga menghampakan kita dengan gaya lakonan sebagai pendakwaraya di dalam drama ini yang dihimpit dengan arahan bosnya kerana bertentangan dengan gerak hatinya yang mahu membantu Kim Nam Gil.
Dalam satu tindakan yang mengejutkan, Kim Nam Gil mendedahkan salah laku musuhnya di hadapan para penggiat media.

Kali ini pula, beliau menjadi paderi gila yang tak pandai emosi kemarahan di dalam SBS The Fiery Priest dan semestinya di sebalik kemarahannya itu, elemen komedi ditambah membuatkan kita berasa geli hati apabila Kim Nam Gil beraksi. SBS The Fiery Priest bermula dengan kisah seorang paderi pertengahan umur, Kim Hae Il, yakni bekas perisik NIS, telah diminta oleh ketua paderi (biskop), Lee Young Joon yang membaptiskannya untuk membantu biskop tersebut menjaga gereja Katolik di Gudam, Seoul, Korea. Tanpa disangka-sangka, Lee Young Joon mati tiba-tiba dan diklasifikasikan sebagai ‘bunuh diri’. Lebih memburukkan lagi, hasil komplot daripada mereka yang berkepentingan tinggi di Gudam tersebut telah menjadikan kematian Lee Young Joon yang disayangi masyarakat sebelum ini sebagai karakter yang hina di mata masyarakat. Ini menyebabkan Kim Hae Il bertindak di luar kapasitinya sebagai paderi senior di gerejanya itu, dan dibantu dengan sokongan Pope Vatican City, bagi membongkar motif kematian Lee Young Joon dan berazam untuk memastikan namanya dibersihkan.

Episod baru-baru ini membawa penonton menyingkap berbagai-bagai teknik penyamaran yang dipelajari semasa NIS setelah Kim Hae Il akur dengan sifat marahnya telah membuatkan musuh-musuh dapat meramalkan apa dia lakukan. Bersama dengan rakan polis, Koo Dae Young (Kim Sung Kyun) yang dahulunya seorang yang lurus dan mudah dipergunakan, Kim Hae Il merangka pelan bagi mendapatkan bukti selain mengenakan musuh-musuh mereka. Setelah menceroboh banglo milik Hwang Cheol Bum (Go Joon) , episod 21 dan 22 mempertontonkan kita dengan adegan Kim Hae Il dan Koo Dae Young masing-masing menyamar sebagai perempuan dan pak Arab untuk menyiasat kawasan pembunuhan. Lebih menggelikan hati apabila melihat telatah Kim Hae Il menggayakannya ala-ala bapuk jadian dan ianya ternyata terjadi. Penyamaran itu terhenti selepas pengawal kawasan itu menggesa mereka keluar dari situ.

Eun Mook Sook sebagai ‘gangster’ jahat tak henti-henti membuatkan penonton tergelak dengan lakonannya yang selamba sambil menunjukkan seni Capoiera-nya.

Juga meraih ratings agak tinggi sekitar 20% saban minggu, garapan penulis skirp drama KBS Good Doctor dan KBS Chief Kim ini masih tidak menghampakan. Pada yang ingin menonton Drama The Fiery Priest ini, boleh tonton di ONE TV Asia Ch 393 setiap Sabtu & Ahad jam 5.05 Petang. Hari ini akan menyiarkan episode ke 21 dan 22.

Komentar

comments

loading...

Admin Kmania.