/[Siri 19] Wajah-wajah selebriti korea pujaan pakar pembedahan plastik

[Siri 19] Wajah-wajah selebriti korea pujaan pakar pembedahan plastik

Minggu yang panas buat industri hiburan Korea Selatan. Terkesima penulis setiap kali mendapat berita terbaru. Mendebarkan. Namun, apa kata kita berehat dari isu skandal buat seketika. Hari ini penulis ingin membincangkan mengenai isu pembedahan plastik. Sering kali artis-artis Korea Selatan ini di kaitkan dengan pembedahan plastik. Sehinggakan mereka dituduh tidak asli mahupun plastik di kalangan penonton yang bukan peminat. Penulis ingin berkongsi wajah-wajah artis Korea yang telah di undi oleh pakar-pakar pembedahan plastik sebagai antara wajah-wajah yang tercantik.

Survey yang telah dijalankan oleh satu syarikat Media bernama Ilyo Shinmun telah membuat tinjauan melibatkan 30 orang pakar pembedahan plastik dan dapatan kajian mereka mendapati, pada awal tahun 2000-an, pelakon-pelakon seperti Kim Hee Sun, Kim Tae Hee dan Han Ye Suel merupakan antara wajah yang tercantik. Namun kini, ikon-ikon kecantikan telah jatuh ke tangan mereka-mereka yang  masih muda. Selain itu, jolokan tercantik kini dimiliki oleh artis dalam kalangan idol berbanding pelakon.

Pada tahun 2019, artis yang memperoleh undian tertinggi sebagai memiliki wajah tercantik adalah YoonA. Faktor beliau dipilih sebagai wajah tercantik menurut para pakar ini adalah, mata YoonA. Mereka mengatakan bahawa perkadaran ataupun proportions wajah YoonA begitu sempurna tetapi beliau memiliki mata yang paling cantik. Mata YoonA dikatakan sebagai mempunyai daya tarikan yang tidak boleh dicipta oleh manusia. Satu kesempurnaan dari ciptaan tuhan ya.

Yang kedua mendapat undian terbanyak adalah, Irene dari Red Velvet. Pakar pembedahan plastik yang ditemu bual mengatakan beliau tidak mampu untuk memilih yang mana satu dari wajah Irene ini sebagai paling cantik, kerana semuanya begitu sempurna. Dari bentuk kening, bibir dan juga zon T beliau menjadikan wajah Irene sangat cantik.

Namun, kewujudan artis-artis baru ni masih tidak mampu untuk menjatuhkan tahap classy para pelakon klasik. Sebagai contoh, Kim Hee Sun dan Han Ye Seul masih mendapat tempat dan pujian oleh pakar-pakar ini. Mereka mengelaskan kecantikan mereka sebagai satu kecantikan klasik yang tidak ditelan waktu.

Pada pendapat pembaca, siapakah yang paling cantik asli di antara artis-artis Korea? Penulis masih menunggu kajian dijalankan dalam kalangan artis lelaki pula.

Sumber: Ilyo Shinmun; AllKpop

Komentar

comments

loading...