/Setelah didesak, Choi Jong Hoon sah dikeluarkan dari FT Island!

Setelah didesak, Choi Jong Hoon sah dikeluarkan dari FT Island!

Selepas Seungri, Jung Joon Young, dan Yoon Junhyung, akhirnya Choi Jong Hoon telah mengumumkan persaraannya dan keluar daripada FT Island bermula hari ini.

Ia hasil rundingan dijalankan bersama agensinya, FNC dalam satu kenyataan panjang lebar dikeluarkan sebentar tadi.

Saya sudah membuat keputusan untuk keluar dari FT Island bermula hari ini kerana terbabit dalam berbagai-bagai hal yang mendatangkan kontroversi. Saya juga akan memberi jaminan tiada apa yang dapat disembunyikan.

…Saya memohon maaf atas kekeliruan disebabkan keterlibatan saya dalam kontroversi berkenaan.

Saya tak ingat, tapi saya akan bersiap sedia menghadapi siasatan polis pada minggu ini, maka dengan rasa tanggungjawab, hari ini saya akan tinggalkan FT Island dan bersara sepenuhnya dari dunia hiburan.

Melalui agensinya pula,

Kami juga memahami betapa seriusnya dakwaan tersebut dan akan bekerjasama dengan polis bagi melengkapkan siasatan. Choi Jong Hoon betul-betul berasa sedih terhadap mereka yang pernah dilukai masa lalu disebabkan kekurangannya, dan juga mendatangkan malu pada peminat dan rakan-rakan sekumpulan yang lain.

Kami akan bertanggungjawab di atas segala kelakuan Choi Jong Hoon yang mungkin tak dapat dimaafkan lagi. Pada masa akan datang, Choi Jong Hoon akan bermuhasabah diri dan tidak akan terlibat mana-mana aktiviti sebagai selebriti.

Kami akan pastikan artis-artis di bawah jagaan kami di didik dengan baik.

Maaf sekali lagi.

Choi Jong Hoon telah dituduh sebagai salah seorang trio budak jahat yang dipelopori oleh Seungri dan Jung Joon Young serta beberapa selebriti lain yang tak dinamakan lagi. Portal media YTN semalam melaporkan bahawa Choi Jong Hoon telah telah mempergunakan hubungan baiknya dengan seorang polis bagi  mengelakkan dirinya ditahan pihak polis walaupun didapati bersalah kerana mabuk memandu, hasil pendedahan daripada ‘log chats’ yang dimuatturun daripada data ‘chatroom’ milik Jung Joon Young.  Akibat daripada pendedahan ekslusif tersebut, ramai peminat menghantar petisyen bagi mendesak FNC mengeluarkan Choi Jong Hoon daripada FT Island.

Sumber: news1

Komentar

comments

loading...

Admin Kmania.