/Lee Hong Ki akhirnya redha atas ketentuan terhadap Choi Jong Hoon FT Island

Lee Hong Ki akhirnya redha atas ketentuan terhadap Choi Jong Hoon FT Island

Lee Hong Ki yang sebelum ini disyaki sebagai salah seorang selebriti yang terbabit di laman ‘chartroom’ di mana Jung Joon Young berkongsi video seks nya dan kemudiannya dibersihkan namanya oleh wartawan, telah menyatakan rasa kecewanya terhadap rakan sekumpulan, Choi Jong Hoon dalam satu komen ringkas dibalasnya menerusi laman sosial instagram .

Choi Jong Hoon telah dituduh sebagai antara penama akaun yang tertera di dalam laman ‘chatroom’ yang dihuni oleh Jung Jong Young dan Seungri.  Akibatnya, beliau telah didesak untuk keluar daripada FT Island oleh sebilangan peminat, dan akhirnya disahkan oleh agensi FNC yang mewakili mereka tengah hari tadi.

TVC-mall WW

Lee Hong Ki telah dipanggil oleh peminat untuk menyatakan pendiriannya terhadap skandal melibatkan rakan sekumpulannya, dan pastinya beliau mempunyai kepercayaan penuh terhadap Choi Jong Hoon kerana mereka telah lama bersahabat sejak sejak mereka debut lagi. Tapi, sedikit demi sedikit kepercayaan itu kian pudar apabila media mendedahkan perilaku Choi Jong Hoon yang mungkin tak diketahuinya selama ini.

Ini dapat dibuktikan menerusi kapsyen dibuat oleh peminat berdasarkan komen berbahasa Jepun dibuat ke atasnya.

“Saya pohon tolonglah jangan berputus asa lagi terhadap Choi Jong Hoon, ” pinta peminat tersebut.

Beliau kemudiannya membalasnya dengan ringkas, “Saya telah akur (redha).”

Sumber: Instagram skullhong

Komentar

comments

loading...

Admin Kmania.