/Emma Stone menempah BTS semalam untuk Saturday Night Live (SNL)

Emma Stone menempah BTS semalam untuk Saturday Night Live (SNL)

Emma Stone, antara pelakon popular Hollywood dan juga pemenang Best Actress Oscar menerusi filem ‘La La Land’ , telah diberikan tugas untuk mengacara program temubual , Saturday Night Live (SNL) bersama BTS pada 12 April 2019 ini sehari selepas album terbaru kumpulan kpop itu dilancarkan.

Jadual BTS dengan SNL sudah disahkan menerusi komentar dibuat oleh producer rancangan itu di dalam laman twitter rasmi SNL semalam. Dalam gambar berkenaan, kelihatan Sandra Oh, Kit Harington dan Emma Stone masing-masing ditugaskan untuk selebriti-selebriti popular seperti Tame Impala, Sara Bareilles dan BTS selang seminggu.

TVC-mall WW

Pemilihan Emma Stone menimbulkan tanda tanya buat segelintir peminat BTS, Armys samada pelakon itu sudah lebih tiga tahun menjadi peminat ‘Armys’ tapi belum dinyatakan lagi secara terbuka olehnya dalam mana-mana temubual. Hal ini kerana pada tahun 2015, Emma Stone sendiri mengaku bahawa beliau merupakan peminat kpop sejak BTS belum menapak lagi di bumi Amerika Syarikat dengan menamakan 2NE1 dan Girl Generations sebagai kumpulan kpop kegemarannya. Pengakuan keramat sebagai ‘ARMYs’ pertama dalam kalangan pemenang Oscar pastinya akan membuatkan ahli-ahli BTS berasa bangga dan senang hati di dalam temubual SNL itu nanti.

Disebabkan pengumuman Emma Stone sebagai pengacara SNL bersama BTS itu, maka beberapa ciapan mula berkumandang di laman twitter sejak semalam dengan penularan tanda pagar #BTSxSNL. Sebilangan netizen juga berteka-teki tentang senarai lagu yang bakal dinyanyikan oleh BTS samada lagu baru ataupun lagu popularnya di negara Uncle Sam itu, iaitu Fake Love, DNA, Idol ataupun Mic Drop (remix Steve Aoki).

BTS akan melancarkan album terbarunya berjudul MAP OF THE SOUL: PERSONA serentak di seluruh dunia pada 12 April 2019 ini dengan menjadikan Amerika Syarikat sebagai lokasi utama jelajah promosi mereka untuk pertama kali.

Sumber : MTV news , BillBoard

Komentar

comments

loading...

Admin Kmania.