/Dituduh suspek perempuan ‘chatroom’ seks Jung Joon Young, Moon Chae Won akan ‘saman’ pemfitnah

Dituduh suspek perempuan ‘chatroom’ seks Jung Joon Young, Moon Chae Won akan ‘saman’ pemfitnah

Disebabkan hubungan baik Moon Chae Won dengan Jung Joon Young sejak sekian lama, Moon Chae Won juga turut terpalit sama dalam kontroversi rakaman video seks Jung Joon Young.

Sebahagian netizen membuat tuduhan jahat itu selepas melihat Moon Chae Won seringkali meletakkan tanda suka hampir kesemua gambar yang dimuatnaik oleh Jun Joon Young di dalam instagram nya. Lantaran itu, agensi Namoo Actors yang mewakili Moon Chae Won menafikan tuduhan liar tersebut dan mengatakan instagram milik Moon Chae Won telah digodam oleh pihak tak bertanggungjawab. Agensi mengesahkan dengan tuan punya akaun instagram tersebut, Moon Chae Won dan setelah membuat pemeriksaan, pelakon yang juga pemenang Best Actress CARI Kdrama Awards itu tak tahu-menahu tentang tindakan meletakkan tanda suka.

TVC-mall WW

Namoo Actors turut membuat kenyataan keras tidak teragak-agak akan menyaman pemfitnah yang menyebarkan khabar angin tersebut di laman sosial media. Berikut adalah kenyataan penuhnya di dalam soompi.

Sebelum ini, beberapa nama selebriti perempuan Korea telah dikaitkan sebagai salah seorang selebriti perempuan yang berkompolot dengan Jung Joon Young di dalam laman chatroom itu termasuklah Lee Chung Ah, Oh Cho Hee, Jung Yoo Mi dan Oh Yeo Seo. Kesemua selebriti tersebut sudah menafikan sekeras-kerasnya penglibatan mereka.

Sumber: OSEN, sport donga

Komentar

comments

loading...

Admin Kmania.