/Akui terlibat dengan isu video lucah rakaman Jung Joon Young, Yong Jun Hyung tinggalkan HIGHLIGHT

Akui terlibat dengan isu video lucah rakaman Jung Joon Young, Yong Jun Hyung tinggalkan HIGHLIGHT

Agak mengejutkan dengan berita yang mengisi ruangan media kebelakangan ini. Apa yang mendapat perhatian ramai adalah isu berkaitan Seungri, Jung Joon Young dan rakaman video panas tanpa izin serta berkongsi dengan yang lain.

Hari ini sekali lagi kita dikejutkan dengan berita yang menggemparkan. Akui akan penglibatannya dengan isu kontroversi rakaman video panas secara tersembunyi, Yong Jung Hyung secara rasminya telah meninggalkan kumpulan Highlight.

TVC-mall WW

Pada 14 Mac, agensi Yong Junhyung dan Highlight ; Around Us Entertainment, telah mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara tersebut.

Hello, Ini Around Us Entertainment,

Pertamanya, kami memohon maaf kepada semua yang mana keliru dengan letak duduknya perkara yang sebenar.

Berdasarkan berita yang dilaporkan oleh SBS 8 pada 11 Mac, Yong Joon-hyung didapati telah menerima video panas daripada Jung Joon Young. “Penghujung tahun 2015, Yong Junhyung bertemu dengan Jung Joon Young untuk minum bersama. Keesokan harinya, ketika menghubungi satu sama lain 1:01 melalui Kakao Talk, Yong Junhyung dimaklumkan bahawa Jung Joon Young mengakui dirinya telah merakam video panas secara tersembunyi. Selepas itu, beliau dan Jung Joon Young telah melihat rakaman tersebut dan bertukar-tukar pandangan mengenai rakaman tersebut. 

Sejak dari itu, Yong Junhyung telah menonton rakaman video panas yang dikongsikan menerusi ruang sembang 1:1 Kakao Talk dan telah berkomunikasi tentang perkara yang tidak sepatutnya. Perkara ini telah disahkan sekali lagi pada 13 Mac menerusi soal siasat bersama Yong Junhyung sendiri. Beliau dengan rela hati menawarkan diri menghadiri proses soal siasat setelah menyedari betapa seriusnya isu ini.  Kini beliau sedang muhasabah diri atas tindakan yang tidak bermoral itu dan beliau juga sedar telah mengecewakan ramai orang atas tindakannya itu.

Yong Junhyung sedar insiden ini bukanlah salah satu yang boleh dimaafkan dan beliau rasa amat kesal terhadap terhadap peminat Highlight kerana telah meranapkan kepercayaan, sokongan serta kasih sayang mereka dengan sebuah kekecewaan. Beliau merasakan bertanggungjawab atas segala tindakannya dan kerana tidak mahu imej serta reputasi kumpulan itu turut tercalar, Yong Junhyung  akan meninggalkan Highlight pada 14 Mac, 2019. “

Kami dengan rasa rendah diri memohon kemaafan atas kekhilafan Yong Junhyung kerana terlibat dengan insiden yang tidak bermoral ini. Kami juga mohon maaf kerana tidak menjalankan pengesahan segara mengenai  perkara ini. Kami akan lebih berhati-hati dimasa depan.sebelum ini sehingga mengundang kekeliruan ramai. Sekali lagi, ribuan kemaafan dari kami untuk semua peminat Highlight yang mengambil berat tentang mereka semua.

Dari nota penulis,

Sesuatu yang mendukacitakan untuk semua peminat Highlight. Yong Junhyung dilaporkan akan menyertai khidmat tentera pada bulan hadapan. Penulis akan menunggu reaksi dari ahli-ahli kumpulan yang lain. Ketua kumpulan Highlight, Yoon Doo Joon serta Yang Yoseob kini sedang menjalani khidmat negera. Mungkinkah ada ruang untuk Yong Junhyung kembali bertaut dengan Highlight, kerana perhubungan antara mereka sangat rapat? Apapun, penulis menghormati tindakan Yong Junhyung yang dilihat sangat professional dan mengharapkan agar perkara ini dapat diselesaikan dengan sebaiknya. I just can’t imagine Highlight without Yong Junghyung.

Sumber : Naver

Komentar

comments

loading...