/Atas perbuatan jijik berkongsi video seks, Jun Joon Young mengaku bersalah

Atas perbuatan jijik berkongsi video seks, Jun Joon Young mengaku bersalah

 

Jung Joon Yoon nampaknya mengakui kesalahan yang telah beliau lakukan. Beliau juga telah berkongsi surat permohonan maaf kepada umum

Surat permohonan maaf

Saya menyapa anda semua dengan penuh rasa yang amat kesal dan memalukan. 

Saya, Jung Joon Young, baru kembali ke Korea pada 12 Mac dan menyedari betapa seriusnya situasi tika ini. Saya memohon ribuan kemaafan kepada mereka yang berkaitan dan saya mohon diberikan ruang untuk menyatakan maaf saya.  

Saya mengakui kesemua dosa serta kesalahan dan tindakan saya berkaitan dengan apa yang diperkatakan mengenai saya tentang tuduhan itu

Saya merakam video wanita tanpa kerelaannya dan berkongsi video tersebut menerusi ruang sembang KakaoTalk dan telah bertindak tanpa rasa bersalah atau menyesal. 

Sememangnya tindakan saya itu adalah tidak bermoral dan  saya layak mendapat balasan atas perbuatan saya sementelah status saya sebagai seorang public figure. 

Apa yang sangat penting, saya minta maaf kepada wanita yang dirakam dalam video tersebut yang terpaksa berhadapan situasi yang dasyat ini. Saya ingin melutut dan memohon maaf kepada sesiapa yang berasa marah dan kecewa. 

Saya akan menarik diri dari semua rancangan yang saya bintangi dan menghentikan segala aktiviti berkaitan bidang hiburan.

Saya memohon maaf kepada semua wanita yang telah menderita akibat perbuatan saya. Kepada mereka yang telah menjadikan saya seorang selebriti, pastinya anda berasa sangat kecewa serta marah jadi, saya juga mohon kemaafan. 

Saya akan berikan kerjasama yang baik sepanjang proses siasatan yang akan bermula pada 14 Mac dan menerima dengan tenang segala hukuman di atas kesemua tindakan saya. 

Sekali lagi dengan hati yang kecil, saya memohon kemaafan. Saya mohon maaf. 

12 Mac 2019, Jung Joon Young

Ruang sembang Jung Joon Young dan kawan-kawan berbicara tentang rogol, pil dan salah laku undang-undang 

Terdahulu, Jung Joon Young adalah antara suspek yang berkongsi rakaman video panas menerusi laman KakaoTalk dan perbualannya telah didedahkan oleh SBS news. SBS News telah melaporkan butiran lanjut mengenai ruang sembang (chat room) Jung Joon Young diaplikasi KakaoTalk.

TVC-mall WW

Berikutan laporan terdahulu mengenai  penglibatan Jung Joon Young dalam perkongsian rakaman video panas secara sembunyi di ruang sembang Seungri, SBS News telah mengemukakan bukti yang menyokong tuduhan dibuat ke atas Jung Joon Young dan ruang sembangnya.

Menerusi berita jam 8 malam SBS, beberapa butiran lanjut tentang perbualan berkaitan telah didedahkan, termasuk penggunaan pil, rogol, dan mengakui bahawa apa yang mereka lakukan adalah satu kesalahan.

Pada 17 April 2016, Encik Kim memuatnaik sebuah video berkaitan dirinya yang terlibat dalam hubungan seks ke dalam ruang  sembang berkumpulan (group chat). Penyanyi Choi menegaskan bahawa wanita dalam video  tersebut didapati telah pengsan, tetapi Encik Kim bertanya kembali, apa yang salah mengenainya (wanita pengsan) .

Apabila Choi meminta beliau berkongsi video mengenai seorang gadis yang masih  segar dan berjaga, Encik Kim berkata beliau terus merakam wanita terbabit dengan keadaannya yang pengsan. Jung Joon Young, yang turut berada dalam ruangan sembang berkumpulan itu, ketawa dan berkata, “Kamu sudah merogol dia.”

Pada 11 Mac tahun yang sama, Encik Park berkongsi butiran tentang bagaimana beliau menggunakn pil tidur ke atas seorang wanita sebelum bertindak melakukan hubungan seks. Menjawab perkongsian En. Park, Jung Joon Young memberikan komen yang seakan memandang rendah akan wanita tersebut.

Di samping itu, SBS dilaporkan turut menemui data perbualan yang menunjukkan bahawa ahli-ahli ruang sembang kumpulan mengetahui dengan jelas bahawa apa yang mereka lakukan adalah suatu kesalahan yang tidak bermoral dan salah disisi undang-undang.

Pada 1 Januari 2016, Jung Joon Young mencadangkan untuk bertemu rakan-rakan ruang sembang untuk bermain permainan atas talian, mengunjungi ke bar strip, dan merogol seorang wanita di dalam kereta, di mana En. Park menyatakan, “Kita sudah melakukan perkara itu dalam kehidupan sebenar kita semua.” Beliau juga menambah, “Ia seperti kehidupan kita bagaikan dalam filem. Betul, kita tidak pernah melakukan pembunugan, tetapi tindakan yang kita lakukan ini boleh membuat kita meringkuk dalam penjara “

SBS menyatakan, “Biarpun menyedari tindak-tanduk mereka itu salah disisi undang-undang, namun merujuk kepada perbualan diruang sembang, ahli-ahlinya tetap melakukan perkara yang memang terbukti salah.”

Terkini, Jung Joon Hyung baru tiba di Korea petang tadi untuk memberikan kerjasama sepanjang proses siasatan dijalankan dan suasana ketika itu agak tegang apabila dikerumuni oleh media-media tempatan. Beliau bagaimanapun telah digugurkan daripada rancangan “2 Days 1 Night”, “4 Wheeled Restaurant” dan “Salty Tour”.

Terdahulu, Yong Jun Hyung, Kang Daniel, Lee Hong Ki dan Choi Jong Hoon Ft Island telah menafikan penglibatan mereka dalam kontroversi selebriti yang melanggan pelacur.

SSumber : Naver | Naver | heraldpost

Komentar

comments

loading...