/Jung Joon Young disingkirkan dari rancangan KBS “2 Days 1 Night, serta tvN “Salty Tour” & “4 Wheeled Restaurant”

Jung Joon Young disingkirkan dari rancangan KBS “2 Days 1 Night, serta tvN “Salty Tour” & “4 Wheeled Restaurant”

Nampaknya sekali lagi Jung Joon Young berhadapan dengan isu kontroversi yang panas. Ekoran dari isu panas tersebut, beliau disingkirkan dari rancangan terbitan KBS “2 Days 1 Night” serta tvN iaitu “Salty Tour” dan “4 Wheeled Restaurant.”

Heboh diperkatakan apabila media melaporkan Jung Joon Young  dikatakan telah merakam video klip seks ‘kinky’ bersama mangsa (disyaki pelacur) tanpa kerelaan mereka dan kemudiannya berkongsi video berkenaan di laman mesej ‘group chat’ Kakaotalk yang turut disertai oleh beberapa selebriti lain. Oleh itu, pada 12 Mac, tvN telah mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung status penyanyi ini yang terlibat dalam dua buah variety show rangkaian terbabit.

Ini kenyataan rasmi tvN:

Kami memaklumkan kepada anda mengenai keputusan pihak produksi rancangan “4 Wheeled Restaurant” dan “Salty Tour” di TVN mengenai status Jung Joon Young.

“4 Wheeled Restaurant: Musim 3” pada asalnya dirancang supaya Jung Joon Young akan turut serta mengikuti penggambaran kami di LA dan Lee Min Woo pula akan mengambil bahagian dalam penggambaran kami di San Francisco. Jung Joon Young kembali ke Korea selepas menghabiskan semua penggambarannya yang dijadualkan untuk rancangan itu, dan kini kami sedang menjalani penggambaran di lokasi kami seterusnya iaitu di San Francisco, bersama Lee Min Woo. Disebabkan tenaga produksi memahami situasi yang meruncing kini, mereka telah memutuskan untuk menyunting semua rakaman berkaitan Jung Joon Young.

Produksi “Tour Salty” juga telah mempertimbangkan baik buruk perkara ini, dan mereka telah memutuskan untuk menyingkirkan Jung Joon Young daripada rancangan “Tour Salty.” Mulai sekarang, rancangan itu akan disiarkan dengan semua rakaman Jung Joon Young yang telah disunting.

Kami memohon pemahaman para penonton.

Produksi KBS “2 Days & 1 Night”  juga mengumumkan kenyataaan bahawa Jung Joon Young juga turut disingkirkan dari rancangan tersebut. Berikut adalah kenyataan dari produksi “2 Days & 1 Night” yang dikeluarkan pada 12 Mac

Ini adalah kenyataan pasukan pengeluaran “2 Days & 1 Night ” mengenai Jung Joon Young.

Memandangkan isu melibatkan Jung Joon Young dilihat semakin meruncing, produksi rancangan telah memutuskan untuk menyingkirkan beliau daripada rancangan “2 Days & 1 Night.”

Untuk kedua-dua episod yang telah selesai penggambaran, kami akan mengedit adegan berkaitan Jung Joon Young dengan sebaik mungkin. 

Kami meminta pemahaman para penonton.

Sementara itu, agensi Jung Joon Young telah mengeluarkan kenyataan bahawa penyanyi tersebut akan kembali ke Korea untuk memberikan kerjasama dengan siasatan polis berkaitan isu melibatkan dirinya merakam dan berkongsi video seks tanpa kerelaan mangsa.

Sumber : Naver |  Naver

Komentar

comments

loading...