/Bergaduh dengan agensi sendiri, Kang Daniel menukar laman instagram rasmi mulai hari ini

Bergaduh dengan agensi sendiri, Kang Daniel menukar laman instagram rasmi mulai hari ini

Agak pelik sekali apabila Kang Daniel paling lambat sekali membuat kemunculan semula sejak Wanna One terbubar pada 31 Dec 2018 lalu kerana beliau merupakan ahli Wanna One paling popular sekali. Sebarang berita tentang aktiviti terbarunya seakan-akan berlalu sepi tanpa apa-apa perancangan. Malah, ura-ura tentang single terbarunya yang akan dilancarkan pada April 2019 ini juga tak ditetapkan tarikhnya, mengundang tanda tanya tentang apa yang berlaku pada Kang Daniel selama dua bulan ini.

Akhirnya semalam, persoalan initelah terjawab apabila sebuah artikel dimuat naik memaklumkan bahawa Kang Daniel sedang berbalah dengan agensinya sendiri tentang perancangan solo debut nya serta had kawalan mereka terhadap segala aktiviti melibatkan dirinya.  Akibatnya, peminat-peminatnya berpakat supaya wartawan tersebut menggugurkan artikel itu kerana ia menggambarkan seolah-olah LM Entertainment membunuh karier seni beliau.

TVC-mall WW

Tapi dalam satu kenyataan dikeluarkan di dalam laman ‘fan cafe’, Kang Daniel telah mengesahkan bahawa dia tersepit dalam pertikaian dengan agensinya. Berikut merupakan salinan kenyataan dibuat olehnya.

Halo, ini Kang Daniel.

Pertama sekali, terima kasih kepada peminat yang mempercayai dan menunggu saya selama lebih sebulan. Maaf sekali lagi kerana bawa berita tak menyenangkan.

Seperti dimaklumkan dalam artikel diwar-warkan pada hari ini, saya sekarang tengah berbalah dengan LM Entertainment.

Disebabkan saya tidak dapat menunjukkan apa yang saya lakukan di media sosial akhirnya buatkan anda bimbang, maka saya minta agensi pindahkan akaun rasmi di bawah nama saya sendiri supaya saya dapat kemaskinikan sendiri walaupun sedikit.

Permintaan saya tak ditunaikan oleh agensi walaupun berulang-ulang kali dibuat dan dilakukan atas dasar sukarela supaya saya dapat tonjolkan sisi yang lebih positif daripada diri saya.

Selepas artikel tersebut disiarkan pada hari ini, saya berasa sangat malu kerana berbagai-bagai tohmanan bertebaran di laman sosial. Saya risau jika ada yang terluka dengan tohmanan palsu tersebut. Oleh sebab itu, saya mengambil inisiatif untuk membuka akaun Instagram peribadi baru bermula tengah hari esok.

HARI INI, saya telah membuat keputusan semata-mata untuk diri saya dan peminat semua.

Saya sangat merindui kalian dan berharap dapat berdiri atas pentas secepat mungkin…dengan imej yang baik.

Percaya kepada saya dan tunggu sedikit masa lagi. Kebenaran akan diturunkan.

Terima kasih,

Kang Daniel.

Kang Daniel telah mengambil keputusan untuk membuka laman sosial instagram nya sendiri dengan kawalan sepenuh oleh dirinya sendiri. Instagram sedia ada selama ini adalah di bawah kelolaan agensinya. Selain Kang Daniel, LM Entertainment turut mengurus karier seni bekas ahli Wanna One, Yoon Ji Sung.

Info tambahan, ini adalah akaun instagram terbaru Kang Daniel yang diuruskan 100% oleh dirinya sendiri. Semoga para peminat beliau akan terus memberikan sokongan kepada Kang Daniel.

View this post on Instagram

Hello. It’s been so long.

A post shared by 강다니엘 Daniel K. (@daniel.k.here) on

Sumber: OSEN , ajunews , news1

Komentar

comments

loading...

Admin Kmania.