/[Update] Seungri kini suspek utama kes ‘bapa ayam’

[Update] Seungri kini suspek utama kes ‘bapa ayam’

Update : Status Seungri kini berubah dari tertuduh kepada kepada suspek dan orang yang akan diambil tindakan undang-undang berkaitan kes pelacuran.

Pada jam 11 pagi tadi, polis telah mengeluarkan waran untuk menggeladah kelab ARENA kerana ia adalah sebahagian daripada siasatan  kes pelacuran melibatkan Seungri. Jadi boleh dikatakan isu berbalas mesej di KakaoTalk untuk mendapatkan pelacur bagi rakan perniagaannya kemungkinan besar adalah benar.

Dilaporkan polis telah menjumpai data berkaitan kes tersebut namun tidak didedahkan kepada umum kerana masih dalam proses siasatan. Terdapat tiga ke empat lagi individu yang terlibat dalam komunikasi menerusi KakaoTalk turut disoalsiasat.

Namun, pada jam 2.30 petang tadi, polis telah keluarkan nota rasmi di mana Seungri kini akan dianggap sebagai suspek dalam siasatan yang akan datang.

Seungri dijadual mendaftar jalani khidmat tentera pada 25hb Mac ini. Walau bagaimanapun, disebabkan beliau kini berstatus suspek utama kes jenayah ini, berkemungkinan beliau tidak boleh meneruskan hasrat untuk ‘enlist’

Sumber : Naver | Naver

Artikel terdahulu : Seungri disoalsiasat lebih 8 jam atas tuduhan sebagai ‘bapa ayam’

‘Berani kerana benar’, begitulah pepatah yang sesuai diberikan buat Seungri yang tetap teguh dengan pendiriannya walaupun diasak dengan tekanan orang ramai disebabkan kontroversi mahupun fitnah yang mungkin direka ke atasnya. Tanggungjawab ini dipikulnya dengan penuh berani meskipun kontroversi penyeludupan dadah dan pelacuran mampu menjatuhkan reputasinya sebagai artis Kpop terkemuka dalam sekelip mata saja.

Pada pagi tadi, Seungri telah menghantar petisyen sendiri kepada pihak polis bahawa beliau sendiri akan ke sana tanpa perlu diiring. Ia bagi memudahkan siasatan pihak polis tentang dakwaan Seungri sebagai ‘bapa ayam’ yang didedahkan oleh portal media SBSFun E. Setakat ini, SBSFun E menegaskan bahawa sumber mereka adalah tulen dan bukan direka-reka yang mana dinafikan sepenuhnya oleh YG.

Manakala bagi pihak YG, Seungri membuat kenyataan balas menafikan penglibatannya di dalam kegiatan pelacuran tersebut dan berjanji akan berkerjasama dengan pihak polis bagi membersihkan nama baiknya dengan segera. “Saya akan pastikan diri disiasat pihak polis supaya kebenaran berhasil. Oleh itu, saya hantar petisyen pada pihak polis supaya jalankan siasatan sejak pagi tadi.”

Tambahnya lagi, “Saya telah membuat masalah dengan berbagai-bagai kontroversi, maka dengan ini, saya ingin memohon maaf kerana membuatkan kalian marah.” Agensi hiburan YG dalam satu kenyataan berasingan menyatakan pihak polis akan mengambil sampel air kencing dan rambut.

Maka lebih kurang jam 9.00 malam tadi, Seungri dengan berbekalkan wajah yang sugul didapati telah berjalan masuk dari balai polis. Setelah lebih 8 jam disiasat dan kenyataannya direkodkan, Seungri  keluar sambil diterjah oleh beberapa orang wartawan di luar. Beliau kemudiannya terus dibawa masuk ke dalam kereta sebelum beredar dari balai polis tersebut.

Kontroversi melanda Seungri dan G Dragon ini telah menjatuhkan saham syarikat YG ke paras terendah semalam. Selain disiasat atas khidmat seks ditawarkan kepada pelanggan kaya, Seungri juga dituduh sebagai orang penting dalam aktiviti penyeludupan dadah berlaku di kelab Burning Sun di bawah kendaliannya. Ia rentetan daripada pergaduhan besar dan salah laku seks yang berlaku di kelab tersebut lalu pada November lalu sehingga tular dan mendapat perhatian netizen.   Juga lebih menarik lagi, artis-artis di bawah jagaan YG tak pernah terlepas daripada tuduhan penyalahgunaan dadah beberapa tahun kebelakangan ini sehingga menyebabkan syarikat itu kadang-kadang digelar sebagai ‘Yak Gu’, kartel penyimpanan dadah di Korea.

Sumber: dreamwiz , korea herald , inews

Komentar

comments

loading...