/Lee Na Young hantar ‘food truck’ khas untuk Lee Jong Suk – ‘A very successful fan’ dengan mesej sweet

Lee Na Young hantar ‘food truck’ khas untuk Lee Jong Suk – ‘A very successful fan’ dengan mesej sweet

Umum ketahui, pengambaran drama “Romance Is A Bonus Book” baru sahaja tamat semalam (27 Feb) dan Lee Jong Suk akan memasuki perkhidmatan tentera pada 8 Mac depan. Ini bermaksud, Jong Suk hanya mempunyai lebih kurang seminggu untuk berehat dan membuat persiapan kemasukan tenteranya.

Baca juga : 4 sebab kenapa perlu tonton drama “Romance Is A Bonus Book” 

Apa yang menarik, gandingan beliau dalam drama tersebut merangkap idolanya, Lee Na Young telah memberikan kejutan buat Lee Jong Suk sementelah beliau akan jalani khidmat tentera tidak lama lagi . Awww, so sweet and adorable! 

Pada awal pagi tadi, (28 Februari) Lee Jong Suk telah berkongsi gambar mengenai kejutan yang dibuat Lee Na Young sempena aktor tersebut akan memulakan khidmat tenteranya. Lee Na Young telah menghantar trak makanan ke set pengambaran khas untuk Lee Jong Suk disamping terselit mesej sweet sebagai pemberi kata semangat buatnya.

Lee Na Young menulis, “Eun Ho [Karakter Lee Jong Suk dalam ‘Romance is a Bonus Book’], bila setiap kali berlalunya musim bunga, musim panas, musim luruh dan musim sejuk untuk dua kali [merujuk kepada tempoh perkhidmatan tentera Lee Jong Suk], musim dan bulan yang indah pasti akan tiba kelak. Semoga sihat selalu! Dari saya, Dani, Dani [nama watak Lee Na Young dalam drama tersebut]”.

Lee Jong Suk bagaimanapun menzahirkan rasa gembira dan terujanya dengan memuat naik kapsyen beserta gambar trak makanan kiriman Lee Na Young yang berbunyi, “Terima kasih banyak-banyak, noona… ini kali pertama saya menerima trak makanan daripada rakan gandingan pelakon…”

Beliau kemudian mengakhiri kapsyennya dengan menulis, “Nombor kesukaan saya adalah [Lee] Na [Young].” (“Lee” adalah homophone untuk nombor 2 dalam Korea, manakala “Young” pula adalah homophone untuk angka 0.)

Untuk pengetahuan, Lee Na Young adalah wanita ideal pilihan Lee Jong Suk yang didedahkan dalam satu rancangan tv SBS “Strong Heart” sekitar tahun 2012. Beliau bahkan pernah mengekori Lee Na Young ke tayangan filem aktress berkenaan dan menyuruh rakannya, Kim Wo Bin untuk memdapatkan tandatangan Lee Na Young. Beliau begitu mengagumi Lee Na Young dan peluang berlakon bersama membuatkan ianya seolah bermimpi. Lee Jong Suk pernah memberitahu media bahawa beliau adalah seorang peminat yang berjaya (A very successful fan)

Penulis berharap agar Lee Jong Suk selamat menjalani khidmat tentera dengan penuh bersemangat serta dedikasi.

Sumber : Naver

Komentar

comments

loading...