/Biarpun dikritik hebat, sejarah BLACKPINK terlakar di Stadium Melawati

Biarpun dikritik hebat, sejarah BLACKPINK terlakar di Stadium Melawati

SHAH ALAM : Akhirnya impian BLINKS Malaysia tercapai untuk bertemu secara ‘LIVE’ dengan JENNIE, JISOO, ROSE dan LISA apabila berlangsungnya konsert BLACKPINK 2019 ASIAN TOUR [IN YOUR AREA] yang diadakan selama 2 hari berturut-turut pada 23 & 24 Feburari 2019 di Stadium Tertutup Melawati, Shah Alam, Selangor.

Konsert BLACKPINK 2019 ASIAN TOUR [IN YOUR AREA] pada mulanya dijadualkan untuk diadakan sehari sahaja tetapi disebabkan sambutan yang luarbiasa dari peminat sehingga tiket-tiket habis terjual dalam jangkamasa yang singkat. Tambahan desakan dari peminat, maka penganjur telah menambah sehari lagi untuk konsert tersebut. Konsert yang diklasifikasikan ‘sold-out’ ini bukan sahaja dihadiri oleh peminat Malaysia malahan turut dihadiri peminat dari luar negara dengan kehadiran seramai 8,000 peminat untuk hari pertama dan 8,000 juga pada hari kedua konsert berkenaan. Ini membuatkan BLACKPINK menjadi kumpulan wanita penghibur dari Korea Selatan yang pertama melakar sejarah membuat persembahan konsert bersekala besar dengan jayanya selama 2 hari berturut-turut di Malaysia walaupun mendapat kritikan hebat dari beberapa pihak yang tidak berpuas hati.

TVC-mall WW

Keterujaan BLINKS bermula dengan kemunculan 4 tunjang utama BLACKPINK dengan pakaian kilauan merah jambu dan memulakan konsert mereka dengan lagu hit “Ddu-Du-Ddu-Du” yang pernah menduduki dan mendominasi carta lagu teratas Billboard US. Persembahan disusuli dengan lagu “Forever Young”. Sebelum menyampaikan lagu “Stay” secara remix version dan ‘Whistle’, BLACKPINK menyapa peminat dengan sesi memperkenalkan diri.

Usai sesi berkomunikasi bersama peminat, persembahan solo dimulakan dengan lagu penyanyi Zedd ‘Clarity’ yang disampaikan oleh JISOO dalam versi Korea. LISA pula mempersembahkan skill tariannya. Dengan iringan piano, ROSE menyampaikan lagu dari Beatles “Let It Be”, Park Bom “ You & I” dan TaeYang “Only Look At Me”. Terakhir JENNIE dengan lagu solo hit popular beliau iaitu ‘SOLO’.

Rose
Lisa
Jisoo
Jennie Kim

Sebagaimana yang kita semua tahu bahawa sekiranya artis wanita dari luar negara berhasrat untuk membuat persembahan di Malaysia, artis tersebut perlulah mengikut piawaian yang ditetapkan, iaitu berpakaian sopan. Pihak media pernah mengajukan soalan berkaitan perkara ini. Oleh itu sepertimana yang pernah dijanjikan oleh pihak penganjur; MacpiePro bahawa tiada ‘restriction’ dalam penampilan mereka nanti. Sebagaimana peminat melihat BLACKPINK di luar sebegitulah yang akan dipamerkan oleh mereka ketika mengunjungi setiap negara Asia dalam siri jelajah konsert mereka. Walaubagaimana pun kita masih melihat BLACKPINK cuba untuk tidak berpakaian terlampau menjolok mata ketika di Kuala Lumpur dan ianya jelas dapat dilihat ketika persembahan lagu “SOLO” oleh JENNIE. Beliau kelihatan masih berpakaian agak sopan dan tidak keterlaluan sebagaimana kebiasaannya kita lihat pada setiap persembahannya.

kredit kepada Faris untuk full video ini

Seusai persembahan JENNIE, peminat agak kelihatan keliru disebabkan ketika lagu “Kiss & Make Up” kelibat JENNIE tidak kelihatan. Namun semuanya terjawab apabila kelihatan JENNIE menghadapi sedikit kesulitan dengan persalinan pakaian beliau sebelumnya.

BLACKPINK sememangnya sangat fasih bertutur dalam bahasa asing seperti bahasa Jepun, Inggeris dan Cina. Bahasa Inggeris adalah bahasa perantaraan yang paling penting diantara artis dan peminat. Fasih bertutur di dalam bahasa Inggeris tanpa bantuan penterjemahan membuatkan interaksi dengan peminat berjalan dengan lancar dan mesra. Ditambah pula dengan kegigihan mereka cuba menyebut bebarapa perkataan di dalam bahasa Malaysia memberikan keterujaan kepada peminat.

BLACKPINK menyampaikan sebanyak 18 buah lagu termasuk lagu dari Wonder Girls ‘So Hot’ dalam versi mereka secara ‘live’ dengan di iringi oleh pemusic sepanjang 2 jam konsert berjalan. Sebagaimana kebiasaan akhirnya, lagu terakhir iaitu ‘STAY’ sepertinya membawa maksud yang dalam. Apatah lagi diakhir lagu BLACKPINK berulang kali menyebut perkataan ‘stay with me’ sepertinya mereka menginginkan peminat akan selalu ‘stay’ dan ‘stand’ selamanya bersama BLACKPINK.

Jom tonton dulu, lagu paling popular di Malaysia, “Ddu-Du-Ddu-Du”

kredit kepada Faris untuk full video ini

Dalam konsert jelajah Asia ini Malaysia merupakan destinasi kedua terakhir sebelum mereka menutup tirai konsert Asia jelajah mereka di Teipei, Taiwan pada 3 Mac 2019. Seterusnya BLACKPINK akan beraksi sebanyak 2 kali di Festival Music Coachella, US pada 14 & 19 April 2019.

BLACKPINK 2019 ASIAN TOUR [IN YOUR AREA] in Malaysia ini dianjurkan oleh MacpiePro dan ditaja oleh KIA Motor.

Antara senarai lagu nyanyian BLACKPINK 2019 WORLD TOUR with KIA [IN YOUR AREA] KUALA LUMPUR :

1. DDU DU DDU DU
2. FOREVER YOUNG
3. STAY remix ver.
4. WHISTLE
5. CLARITY – JISOO
6. INTRO + TAKE ME + SWALLA – LISA
7. LET IT BE + YOU & I + JUST LOOK AT ME – ROSÉ
8. SOLO – JENNIE
9. KISS & MAKE UP
10. SO HOT
11. PLAYING WITH FIRE
12. REALLY reggae ver.
13. SEE YOU LATER
14. 16 SHOTS
15. BOOMBAYAH
16. AS IF IT’S YOUR LAST
17. DDU DU DDU DU – ENCORE
18. STAY original ver.- ENCORE

Ribuan terima kasih dan tahniah diucapkan kepada pihak penganjur, MacpiePro yang ditaja oleh Kia dengan kejayaan menganjurkan konsert Blackpink ini. Semoga hiburan secara langsung dari selebriti Korea Selatan tidak terhenti setakat ini sahaja.

Kesemua foto yang disiarkan adalah hak milik YG Entertainment. 

Komentar

comments

Zaful WW
loading...