/Moon Geun Young sebagai detektif mempunyai kuasa psikik di dalam tvN Catch a Ghost ?

Moon Geun Young sebagai detektif mempunyai kuasa psikik di dalam tvN Catch a Ghost ?

Moon Geun Young sedang menimbangkan drama terbaru terbitan tvN berjudul ‘Catch a Ghost’ (tajuk secara literal) selepas empat tahun tak beraksi. Drama tersebut merupakan projek di bawah arahan PD Shin Yoon Seob (“SBS Rooftop Prince”,”SBS Please, Come Back Mister”) dan karangan penulis skrip So Won dan Lee Young Jo.

Ia berkisarkan tentang polis ‘intern’ yang selalu cuai dalam menjalankan tugas, iaitu Yoo Ryung tapi tetap dilindungi baik oleh ketua jabatan polis di tempat kerjanya, balai polis Wangshimni kerana percaya Yoo Ryung mempunyai asas kuat untuk menyelesaikan kes-kes kriminal dengan kemahirannya sendiri. Moon Geun Young telah ditawarkan watak Yoo Ryung, seorang yang mempunyai kuasa psikik kerana boleh mengagak sesuatu yang bahaya menanti. Yoo Ryung memiliki seorang adik yang mengalami autism, dan kehilangannya telah memaksa Yoo Ryung untuk mencarinya dengan begitu tekad.

Ini merupakan drama pertama Moon Geun Young selepas SBS The Village: Achiara’s Secret yang menyaksikan beliau terpaksa berehat hampir dua tahun kerana mengalami sindrom konparmen akut pada tisu badannya.

Sumber: IS Plus

Komentar

comments

loading...

Admin Kmania.