/Bagaikan suatu mimpi, Epik High satukan Suga BTS & Yuna bersama di dalam album ‘Sleepless In’

Bagaikan suatu mimpi, Epik High satukan Suga BTS & Yuna bersama di dalam album ‘Sleepless In’

Epik High, bakal mengeluarkan album terbaru ‘Sleepless In’ dengan menggandingkan Suga BTS, penyanyi R&B Malaysia, Yuna dan beberapa artis ternama Korea yang lain. Epik High merupakan antara kumpulan hiphop kpop terkemuka di Korea, terdiri daripada Tablo, Mithra Jin dan DJ Tukutz.

Epik High menerusi Tablo mengumumkan kedua-dua selebriti itu sebagai rakan kolaboratif terakhir mereka setelah memaklumkan penampilan penyanyi indie sungsunwoojunga, penyanyi R&B Crush, and produser hiphop Code Kunst ke dalam album ‘Sleepless In’. Lagu dendangan Epik High sebelum ini menjadi sumber inspirasi buat BTS terutamanya di dalam penggubahan lagu single mereka, ‘Fly’ pada tahun 2015. Jadi, ia tak mustahil, jika permintaan daripada Epik High ini ditunaikan segera oleh Suga BTS tanpa banyak soal. Umum diketahui, selain Epik High, BTS juga pernah bekerjasama dengan kumpulan kpop paling ‘legend’ , Seo Tai Ji untuk menyanyikan semula lagu ‘Come Back Home’ yang pernah dipopularkan kumpulan itu dahulu.

TVC-mall WW

Manakala, penyanyi Yuna yang berasal dari Malaysia ini pula tak terkecuali untuk dijadikan rakan duet mereka membuktikan pengaruhnya bukan calang-calang dalam kalangan artis yang terpilih. Sebelum bergerak aktif di Amerika Syarikat, Yuna terlebih dahulu dikenali di Malaysia menerusi lagu ‘Dan Sebenarnya’ (Lagu Terbaik AIM) , ‘Penakut’ , ‘Terukir Di Bintang’ (Johan AJL 2012) dan ‘Lelaki’.  Album ‘Sleepless In’ akan dilancarkan pada 11 Mac ini sempena jelajah konsert mereka di Amerika Syarikat dan Eropah.

Sumber: Billboard

Komentar

comments

loading...

Admin Kmania.