/Polis Seoul siasat dakwaan mesej ‘Kakao Talk’ Seungri; YG nafikan terlibat, dakwa ianya palsu

Polis Seoul siasat dakwaan mesej ‘Kakao Talk’ Seungri; YG nafikan terlibat, dakwa ianya palsu

Polis Seoul telah membuka siasatan berhubung dakwaan mesej ‘Kakao Talk’ yang melibatkan Seungri dari kumpulan Big Bang yang tertular pagi tadi. Mesej yang diterbitkan oleh portal SBSFun E itu berkaitan dengan tuduhan Seung Ri sebagai salah seorang bapa ayam kerana telah mengaturkan pelacur tempatan dengan pelanggan yang kaya dari luar negara.

“Jabatan Penyiasatan Polis Seoul akan menguruskan kes berkenaan, ” kata mereka secara ringkas kepada wartawan Yonhap. Polis juga akan menyiasat kebenaran mesej terbabit dan beberapa orang yang dikatakan berinteraksi menggunakan mesej yang tertular itu.

Sementara itu, YG menafikan kebenaran mesej itu setelah menghubungi Seungri yang sedang mengadakan jelajah konsert di Asia. Agensi hiburan itu mengeluarkan kenyataan media sebentar tadi, ” Setelah menghubungi orang terbabit (Seungri) , artikel itu mengandungi mesej yang telah dimanipulasiikan. Ia tak betul.”

“Kami akan bertindak tegas terhadap desas-desus tersebut bagi sesiapa yang menerbitkan semula keratan akhbar itu kerana ia adalah  berita palsu.”

Sumber: yonhapnews , newsen

Komentar

comments

loading...