/Dituduh bapa ayam pula, Seung Ri Big Bang mungkin terkedu selepas mesej ‘Kakao Talk’ nya tertular

Dituduh bapa ayam pula, Seung Ri Big Bang mungkin terkedu selepas mesej ‘Kakao Talk’ nya tertular

Tak cukup dengan tuduhan berkonspirasi dengan serangan seksual dan penyeludupan dadah, kali ini Seung Ri Big Bang tak terlepas daripada tuduhan sebagai bapa ayam selepas mesej ‘Kakao Talk’ nya tertular akibat daripada artikel ditulis oleh portal media SBSFun E.

Menurut hasil siasatan SBSFun E, dalam mesej ‘Kakao Talk’ yang dipaparkan pada 6 Disember 2015, nama Seung Ri, melalui jawatannya sebagai ketua pengarah bukan eksekutif kelab Burning Sun, tersebut antara tiga orang tengah yang berkomplot dalam mendapatkan pelacur bagi memenuhi tuntutan nafsu pelanggan kaya terutamanya dari luar negara.

Berikut merupakan sedikit keratan percakapan di antara Seung Ri dengan dua orang, merangkap pengurus kelab Burning Sun,

Seung Ri: KIm. Buat seperti apa yang ‘B’ suruh, dapatkan ‘Arena Main’s 3,4’. Ada seorang pelanggan dari Taiwan. Hubungi OO untuk bantuan segera.

Kim: Perempuan mana kau nak aku hubungi sekarang? Oh, dia Cina OMG…. ‘B’ pun perempuan juga.

Encik Yu: Pastikan kau uruskan B dengan baik supaya dia tak kena tangkap dengan sesiapa.

Kim: Aku akan temaninya.

Seungri : Buat semuanya dengan sempurna. Jangan rosakkan.

Encik Yu: Pilih seseorang yang boleh layan dia. Seseorang yang boleh cakap English, Lee misalnya (CEO kelab Burning Sun).

Keratan seterusnya berbunyi:

 

Kim: Kita ada dua bilik (merujuk pada dewan yang kecil) dan pengawal sudah bersedia untuk mengawasi mereka. Sungguh, aku akan jaga mereka.

Seungri : Bagus. Macammana perempuan yang ada? Pilih sapa yang sanggup meniduri pelanggan tanpa banyak songeh.

Penyanyi ‘C’ : Laki Cina suka perempuan plastik.

Seungri: Buat dengan baik.

Encik Yu: Aku dah kumpul pelacur. Cukup kan, dua orang? Kim, kau jaga diorang dengan baik dan bawa ke hotel.

Kim: Ya, aku dah hantar dua orang pengawal (‘gangster’) menemani mereka ke hotel.

‘B’ merupakan salah seorang pelanggan kelab ‘Burning Sun’ yang terbabit dalam serangan seksual sebelum ini. Seung Ri sedang mengadakan jelajah konsert secara solo di beberapa lokasi di Asia, termasuklah Singapura semalam.

Baca lagi https://kmania.info/2019/02/26/polis-seoul-siasat-dakwaan-mesej-kakao-talk-seungri-yg-nafikan-terlibat-dakwa-ianya-palsu/

Sumber: SBS Fun E , insight

Komentar

comments

loading...