/Peminat “Armys” tersedar betapa rajinnya Kim Seok Jin BTS semasa dia menuntut ilmu di kolej dahulu

Peminat “Armys” tersedar betapa rajinnya Kim Seok Jin BTS semasa dia menuntut ilmu di kolej dahulu

Kim Seok Jin atau dikenali sebagai ‘Jin’ oleh peminat ‘Armys’ mungkin merupakan idol kumpulan BTS paling rajin sekali kerana bakatnya tidak datang serta-merta tapi diusap menerusi latihan dilakukannya tiap-tiap hari. Hasilnya, daripada seseorang yang tak tahu menari dan boleh menyanyi dengan baik, Jin sudah boleh bangga dan berdiri segah dengan rakan-rakan sekumpulan yang lain. Kelebihan dimilikinya hasil wajah yang tampan sehingga digelar ‘World Wide Handsome’ tidak membuatkannya terus alpa dan terus berusaha untuk menggapai impian yang terbina.

Tapi, penulis ingin menumpukan pada isu yang baru tular semalam di laman sosial hasil pencerahan dibuat oleh artikel Insight bulan 8 tahun 2018. Ia dilakukan sepakat oleh peminat ‘Armys’ bersempena hari ulang tahun graduasi Jin di Konkuk Universiti dalam bidang seni lakonan dengan tanda pagar #WordWideJINius. Menurut laporan Insight tersebut, Jin merupakan seorang yang sangat rajin dan selalu hadir ke kelas, serta banyak menghabiskan masanya berinteraksi dengan rakan sekelas dan professor walaupun sibuk dengan jadual aktiviti BTS. Lebih mengagumkan lagi, kemasukan Jin ke dalam universiti tersebut adalah atas dasar meritokrasi di mana dia terpilih antara 2,012 bakal pelajar yang membuat permohonan. Majlis graduasinya pada 22 Februari 2017 juga dihadiri oleh kesemua rakan sekumpulan BTS yang lain.

Lihat video di sini: https://www.vlive.tv/video/23508

Tambah menarik lagi, Jin juga sedang melanjutkan pelajaran di Hanyang Cyber University untuk program pengajian pascasiswazah kendatipun terpaksa berhempas-pulas dengan jadual BTS yang agak ketat saban tahun. BTS sekarang sedang rangka jelajah konsert di beberapa lokasi di Asia dan beberapa konsert tambahan di Amerika Syarikat yang dinamakan sebagai Speak_Yourself Tour.

Sumber: insight ,  twitter

Komentar

comments

loading...