/Yoon Ji Sung ‘Wanna One’ terpaksa ‘enlist’ lebih awal; minta peminat sokong debut solo ‘In The Rain’

Yoon Ji Sung ‘Wanna One’ terpaksa ‘enlist’ lebih awal; minta peminat sokong debut solo ‘In The Rain’

Yoon Ji Sung  merupakan bekas ahli kumpulan ‘Wanna One’ paling tua sekali dengan usia yang mencecah 27 tahun. Berita tentang kemasukan tentera (‘enlistment’) mula bertebaran dan ia sedikit mengecewakan peminat Wannables yang belum lagi berpeluang menyaksikan Yoon Ji Sung bergerak aktif sebagai artis solo.Yoon Ji Sung dijangka akan menyertai khidmat tentera selepas Mei tahun 2019 hadapan.

Dalam satu pengakuan dibuatnya di hadapan penonton menerusi ‘showcase’ untuk promosi album solo terbarunya bakal dilancarkan hari ini, Yoon Ji Sung berkata , “Sepatutnya apabila sudah masuk lebaran baru, saya akan pulun sungguh-sungguh. Tapi, saya meminta maaf kerana  tak dapat elakkan diri daripada menyertai khidmat tentera. Saya berharap kalian terhibur dengan apa-apa persembahan saya lakukan sebelum masuk tentera.”

TVC-mall WW

Yoon Ji Sung turut menyatakan bahawa dia berasa gugup dengan reaksi bakal diterima terhadap album solo yang diberi judul sebagai ‘Aside’ itu.

Dipetik daripada News1.

“Saya berasa gugup kerana terpaksa bersedia untuk persembahan sulung saya.Walaupun membebankan, tapi ia membuatkan saya gembira sangat. Saya mahu cuba sedaya upaya untuk menghiburkan kalian.”

Yoon Ji Sung menyanyikan salah satu runut lagu yang dimuatkan dalam album tersebut iaitu ‘Comma’ yang dikompos olehnya bersama Lee Dae Hwi, rakan sekumpulan dalam Wanna One dahulu. Selain ‘Comma’, single pertama solo debutnya, ‘In The Rain’ turut mendapat perhatian. Album ‘Aside’ mengandungi tiga lagu baru dan dilancarkan di pasaran bermula hari ini sekaligus menjadikan Yoon Ji Sung, artis pertama Wanna One yang akan debut lebih awal berbanding rakan-rakan sekumpulan yang lain.

Buat peminat Yoon Ji Sung di Malaysia dan Wannables khasnya, Yoon Ji Sung akan mengadakan perjumpaan bersama peminat pada 17 Mac 2019 bertempat di MITEC, Kuala Lumpur. Nantikan perkembangan daripada kami untuk lebih lanjut.

Sumber: OSEN , news1

Komentar

comments

loading...

Admin Kmania.