/Peluang melihat BTS ke Malaysia semakin malap; BTS tambah lagi jelajah konsert di Amerika Syarikat

Peluang melihat BTS ke Malaysia semakin malap; BTS tambah lagi jelajah konsert di Amerika Syarikat

BTS pernah diura-urakan untuk menimbangkan Malaysia dalam siri jelajah konsert Asia mereka, tapi tidak kesampaian apabila hanya Taiwan, Singapura, Hong Kong dan Thailand saja tersenarai, akhirnya membuatkan peminat Armys di Malaysia berasa sangat hampa. Atas desakan Armys Malaysia terutamanya, Tony Fernandes mengambil inisiatif untuk cuba membawa mereka terbang ke sini dalam satu sesi temubual dengan pelajar-pelajar universiti. Namun, usaha itu dikatakan belum lagi membuahkan hasil meskipun perbincangan telah dilakukan oleh pihak Tony Fernandes dan wakil agensi BTS di Korea, Big Hit Entertainment.

Hari ini, BTS mengumumkan penambahan siri jelajah konsert mereka di Amerika Syarikat sekaligus menafikan desas-desus bahawa Malaysia mungkin tersenarai selepas tinjauan terakhir mereka di Bangkok, Thailand pada 6-7 April 2019. Jelajah konsert dinamakan sebagai #Speak_Yourself itu dilakukan kerana tuntutan amat dahsyat daripada rakyat Amerika Syarikat yang mahu terus-menerus menyaksikan mereka di sana.

Berikut ialah senarai jelajah konsert di Amerika Syarikat serta beberapa lokasi di seluruh dunia, berdasarkan laporan media Billboard;

4 Mei, 2019 – Los Angeles, CA Rose Bowl Stadium

4 Mei, 2019 – Chicago, IL Soldier Field

4 Mei, 2019 – E. Rutherford, NJ MetLife Stadium

4 Mei, 2019 – Sao Paulo, Brazil Allianz Parque

1Jun, 2019 – London, UK Wembley Stadium connected by EE

7 Jun, 2019 – Paris, France Stade de France

6-7 Jun, 2019 – Osaka, Japan Yanmar Stadium Nagai

13-14 Jun, 2019 – Shizuoka, Japan Shizuoka Stadium Ecopa

Apapun, sekiranya BTS tak mengeluarkan album rasmi mereka seterusnya menjelang bulan Mei sehingga Jun itu, kemungkinan itu tetap ada.

Sumber: Billboard

Komentar

comments

loading...

Admin Kmania.