/MBC ‘Rookie Historian Goo Hae Ryun’ bakal satukan Shin Se Kyung dengan putera kacak Cha Eun Woo

MBC ‘Rookie Historian Goo Hae Ryun’ bakal satukan Shin Se Kyung dengan putera kacak Cha Eun Woo

Hari ini tercapailah impian peminat drama korea untuk menyaksikan Shin Se Kyung kembali membintangi drama terbaru, kali ini menerusi drama bergenre sageuk. Tajuk drama diberikan setakat ini, secara literal ialah ‘Rookie Historian Goo Hae Ryun’ yang bakal disiarkan oleh cenel MBC berkisarkan tentang seorang penulis sejarah istana wanita pertama yang berjaya menempuhi iku-liku hidup di istana di mana kepercayaan Confius berbentuk patriaki masih menebal.

Shin Se Kyung membawakan watak sebagai Goo Hae Ryung yang berprinsip bahawa semua manusia berhak menerima hak sama rata baik lelaki ataupun perempuan. Di istana ini juga, dia bertemu dengan putera kacak bernama Yi Rim yang juga menggunakan nama samaran sebagai novelis cinta.

Cha Eun Woo, pemenang Popular Rookie 7th CARI Kdrama Awards baru-baru ini, dikhabarkan akan memegang watak putera raja tersebut tapi belum mengesahkan pembabitannya lagi. Pengarah Kang Il Soo (“jtbc Solomon’s Perjury”,”KBS Jeo Woo Chi”) akan bergandingan dengan penulis skrip maknae, Kim Ho Soo untuk penayangan sejurus selepas MBC Spring Night berakhir.

Sumber: IS Plus , sport donga

Komentar

comments

loading...