/Kang Ha Neul, satu daripada 3 kekasih hati Gong Hyo Jin di dalam KBS When Camellia Flower Blooms?

Kang Ha Neul, satu daripada 3 kekasih hati Gong Hyo Jin di dalam KBS When Camellia Flower Blooms?

Drama tulisan Im Sang Choon (‘KBS Fight My Way’) ini tampaknya telah menarik hati Gong Hyo Jin untuk menimbang kemunculannya semula di dalam arena drama korea, begitu juga buat Kang Ha Neul yang masih lagi menjalani latihan khidmat negara akan tamat pada Mei 2019.

KBS When Camellia Flower Blooms diklasfikasikan sebagai drama romantik komedi dengan capaian yang suspens. Ia mengandungi cerita tentang tiga orang lelaki; (1) seorang yang baik dengan budi pekerti mulia,(2) seorang yang selalu dianggap jahat oleh masyarakat tetapi sebenarnya ‘cool’ dan (3) seorang yang tiada pendirian tetap yang selalu ‘mengalah’ dalam hidupnya. Mereka saling dikaitkan dengan wanita ‘Camelia’ pada masa lalu.

Gong Hyo Jin akan melakonkan watak diibaratkan bunga Camelia yang baru berputik, yakni seorang anak yatim piatu pada asalnya. Kehidupannya mula berubah apabila beliau diberi peluang untuk membuka kedai simpanan arak yang dioperasikan sebagai bar kecil ‘Camelia’. Dia dikhabarkan menjadi ibu tunggal dengan kehadiran seorang anak lelaki. Manakala, Kang Ha Neul pula akan memangku jawatan polis yang ditempatkan di kawasan kejiranan kecil di dalam drama ini, seorang yang agak jujur, setia, bertimbang rasa tapi tak begitu sesuai untuk dijadikan teman lelaki. Berdasarkan penampilan ini, Kang Ha Neul mungkin memenuhi kriteria lelaki nombor satu (1).

PD Cha Young Joon yang terkenal dengan KBS Are You A Human Too?  akan mengarahkan drama ini untuk slot KBS pada September 2019.

Sumber: IS Plus, OSEN , Kmania1

Komentar

comments

loading...

Admin Kmania.