/Yeo Jin Goo menjadi surihati IU, si ‘puteri bunian’ di dalam tvN Hotel Del Luna ?

Yeo Jin Goo menjadi surihati IU, si ‘puteri bunian’ di dalam tvN Hotel Del Luna ?

Yeo Jin Goo masih membintangi drama tvN Crowned Clown yang sedang hangat ditayangkan tapi beliau sudah pun ditawarkan untuk drama tulisan Hong Sisters terbaru terbitan tvN juga, berjudul ‘Hotel Del Luna’ untuk disatukan bersama Lee Ji Eun (IU).

Yeo Jin Goo akan membawa watak sebagai pengurus hotel berhantu ‘Hotel del Luna’ bernama Jejin di mana pelbagai makhluk halus mendiaminya termasuklah ‘puteri bunian’ yang akan dilakonkan oleh Lee Ji Eun (IU). Jejin memiliki tabiat disifatkan sebagai kecelaruan obsesif-kompulsif (“obsessive-compulsive disorder (OCD)”) tapi telah ditugaskan untuk menjadi pembantu pengurus termuda ‘Hotel del Luna’ bagi memacu aktiviti pelancongan ke atas hotel tersebut. Manakala, IU pula seolah-olah sebagai puteri bunian’ tersebut yang dikatakan terpaksa dikurung di dalam hotel itu untuk seribu tahun kerana terkena sumpahan ‘del Luna’. Identiti asalnya ialah seorang wanita tua agak jahat di masa lalu .Mungkinkah IU disumpah untuk mengubah dirinya menjadi sosok yang baik belaka?

tvN ‘Hotel del Luna’ berkisarkan drama fantasi yang bertumpukan pada sebuah hotel yang didiami pelbagai makhlus halus. Hotel ini tampak usang kerana ia menjadi tempat persinggahan roh-roh yang tak tahu hendak ke mana. Di dalamnya juga, terdapat seorang anak dara persis puteri ‘bunian’ disebut-sebut bahawa kecantikannya ibarat cahaya bulan yang menyinari malam yang sepi. Kebanyakan orang-orang tua yang tinggal di kampung berdekatan akan singgah sekejap di hotel usang berkenaan bagi melihat kecantikan puteri bunian itu dan memohon hajat untuk perkara-perkara tertentu.

Ini merupakan drama pertama IU sejak tvN My Mister disiarkan tahun lepas. Lakonan hebat IU sebagai gadis yang merintih kesusahan dalam drama itu telah dipilih oleh rakyat Malaysia untuk tercalon dalam kategori Best Actress dan Popular Actress untuk 7th CARI Kdrama Awards baru-baru ini manakala lakonan duo Yeo Jin Goo sebagai raja Joseon di dalam tvN Crowned Clown turut mendapat kritikan positif penonton.

tvN ‘Hotel del Luna’ yang diarahkan oleh PD Oh Chung Hwan (“SBS Doctors”,”SBS While You Are Sleeping”) akan bergandingan dengan penulis skrip terkenal, Hong Sisters (“KBS Sassy Girl Chun Hyang”,”SBS My Girl”,”MBC Greatest Love”,”SBS Master’s Sun”,”tvN Hwayuki”) dan dijangka ditayangkan sebaik tvN Asadal Chronicles selesai pada Ogos 2019.

Sumber: IS Plus

Komentar

comments

loading...

Admin Kmania.