/[Siri 17] Ramai kenal dengan BB Cream, tapi tahukah anda apakah itu CC Cream pula?

[Siri 17] Ramai kenal dengan BB Cream, tapi tahukah anda apakah itu CC Cream pula?

Pasti ramai dalam kalangan pembaca Kmania merupakan pengguna dan penggemar BB Cream ataupun di dalam bahasa Melayu di sebut sebagai Krim BB. Malah, penulis juga lebih selesa memakai Krim BB untuk pemakaian harian. Berbanding foundation, krim BB memberi fungsi yang hampir sama, sebagai alas kepada solekan. Ia bertindak sebagai pelindung kulit wajah dan pada masa yang sama menutup cela di wajah. Beza cuma, teksturnya lebih ringan dan coverage tidak setebal foundation. Oleh itu, kulit anda akan kelihatan lebih natural.

Selain krim BB, turut wujud juga krim CC, DD dan EE. Seperti sejenis kod rahsia pula.. Krim-krim ini bukan sahaja berfungsi sebagai alas kepada solekan, ia juga berfungsi sebagai penjagaan kulit (skin care). Krim-krim ini turut bertindak sebagai pelembap kulit wajah, primer wajah, mengurangkan penuaan dan juga bertindak sebagai pelindung matahari. Hari ini, penulis akan mengupas mengenai krim-krim istimewa ini. Antara ke semua ini, krim BB dan krim CC adalah yang paling popular dan paling banyak digunakan.

TVC-mall WW

Pasti ramai yang beranggapan bahawa krim BB ini berasal dari Korea Selatankan? Tidak dinafikan, krim BB ini mula mendapat perhatian apabila di bawa oleh arus KBeauty. Tahukah anda krim BB ini pada asalnya dicipta di German dan popular di Asia Timur terlebih dahulu. Krim ini dicipta oleh ahli dermatologi pada tahun 60-an dahulu. Fungsinya ketika itu adalah, untuk memberi satu solekan pada masa yang sama bertindak sebagai pelindung kulit untuk pesakit-pesakit yang membuat acid peel. Selalunya, mereka yang menjalani acid peel ini, kulit mereka akan mengelupas dan nipis. Oleh itu, mereka terdedah dengan sinaran matahari yang bahaya. Krim BB merupakan satu langkah untuk melindungi kulit mereka dari sinaran matahari dan juga terhadap pencemaran alam sekitar.

Berbeza pula situasinya di Korea Selatan dan Jepun. Masyarakat di kedua-dua negara ini lebih menekankan kecantikan yang terhasil dari kulit yang sempurna dan solekan yang nipis. Oleh itu, apabila krim BB ini diperkenalkan dan di iklankan sebagai satu produk penjagaan kulit pada masa yang sama juga merupakan alat solek, ia mudah mendapat tempat di hati masyarakat Korea dan Jepun. Kini, krim-krim ini (BB, CC, DD dan EE) di anggarkan merangkumi 13% dari keseluruhan pasaran KBeauty. Selain itu, bermula pada tahun 2012, krim-krim ini mula mendapat tempat dalam pasaran Barat juga. Tidak terkejut, jenama-jenama besar seperti Lancome dan Lamer juga mengeluarkan krim BB dan CC mereka sendiri.

Krim BB ini sebenarnya membawa maksud Blemish ataupun Beauty Balm. Ia sesuai dipakai oleh semua jenis kulit terutamanya mereka mempunyai kulit normal kombinasi. Kini, syarikat-syarikat kosmetik telah mempelbagaikan jenis krim BB mengikut kesesuaian kulit wajah pengguna. Perbezaan antara krim BB keluaran Korea dengan keluaran negara-negara Barat pula, terhadap warna-warna yang dihasilkannya. Krim BB keluaran Korea, sering kali ke arah warna kulit cerah berbanding keluaran negara Barat yang lebih pelbagai warna kulit. Lebih sesuai untuk mereka yang memiliki tona kulit yang lebih berwarna.

Krim CC pula menjurus kepada Color Correction, bagaimana ia bertindak untuk meratakan warna kulit wajah anda. Krim jenis ini, kebiasaan berwarna putih, dan akan mengikut warna kulit asli pengguna. Berbeza dengan Krim BB yang memberikan warna khusus kepada kulit. Selain itu, krim CC ini mengandungi bahan-bahan yang akan mencerahkan kulit seperti vitamin C dan mempunyai finishing yang lebih dewy berbanding krim BB. Tekstur krim ini lebih ringan dan nipis berbanding krim BB dan lebih memfokuskan kepada pengguna yang lebih berumur.

Krim DD pula merupakan satu krim yang masih menjadi waiting list penulis. Buat masa ini, penulis masih belum ketemui krim DD terutamanya dalam pasaran KBeauty. Krim DD ini berfungsi sebagai Daily Defence. Memberi perlindungan dalam bentuk pelindung matahari kepada pengguna.

Krim EE juga suatu yang penulis ketemui dalam pasaran penjagaan kulit Barat bukan Kbeauty. Apa yang membingungkan, krim EE ini boleh di dapati dalam dua jenis. Yang pertama, berfungsi sebagai Extra Exfoliation, lebih kepada penjagaan kulit dan bukannya solekan. Ramai pengkritik ataupun pengulas kecantikan, melihat krim EE sebagai satu nama lain untuk produk skrub sahaja. Krim ini juga tidak dipasarkan secara meluas dan tidak mendapat perhatian pengguna. Yang kedua, ada syarikat yang memasarkan Krim EE ini sebagai satu krim Even Effect. Yang dikatakan sebagai krim unggul yang memiliki semua krim BB, CC dan DD di samping mencerahkan kulit. Bagi penulis, ia seperti satu janji yang sangat besar dan meragukan.

Buat masa ini, penulis memperkenalkan dahulu krim-krim ini, sekiranya berjodohan, mungkin satu hari penulis akan mengulas cara pemakaian yang betul untuk memperoleh hasil yang optimum. Jumpa lagi ;D

Sumber : Glowsly 

Komentar

comments

loading...