/Tiket 2019 NAM JOO HYUK FANMEETING IN KUALA LUMPUR sudah mula dijual!

Tiket 2019 NAM JOO HYUK FANMEETING IN KUALA LUMPUR sudah mula dijual!

Nam Joo Hyuk, nama yang tidak asing lagi dalam dunia lakonan Korea Selatan baik drama mahupun filem. Beliau yang kini sedang mengukuhkan kerjayanya sebagai pelakon mula dikenali sebagai Model pada tahun 2013 dengan SONGZIO Homme Spring/Summer 2014 Collection.

Beliau mula berjinak-jinak dengan dengan dunia lakonan setelah diberikan watak kecil untuk membintangi drama TVN. Pada tahun 2015, Nam Joo Hyuk mula mencuri perhatian ramai menerusi penampilannya dalam drama remaja “Who Are You : School 2015” disamping Kim So Hyun dan Yook Sung Jae.

TVC-mall WW
Antara drama dan filem yang pernah dibintangi Nam Joo Hyuk

2016 menyaksikan Nam Joo Hyuk membawakan watak pelakon pembantu dalam drama bertemakan kolej – “Cheese In The Trap” dan drama bertemakan sejarah “Moon Lovers : Scarlet Heart Ryeo”. Beliau turut membintangi drama “The Idle Mermaid” dan rancangan sukaramai (variety show) “Three Meals A Day”. 2017 pula, beliau membintangi drama atlet remaja “Weightlifting Fairy Kim Bok Joo” disamping Lee Sung Kyung yang pernah digossipkan bercinta ketika itu dan drama fantasi romantik “The Bride Of Habaek” disamping Shin Se Kyung.

Filem “The Great Battle” yang ditayangkan sekitar September 2018 adalah permulaan langkah Nam Joo Hyuk dalam dunia perfileman. Lakonan hebat beliau dalam filem tersebut telah melayakkannya dinobatkan sebagai ‘Best New Actor’ menerusi filem tersebut di Blue Dragon Film Awards, Korean Association of Film Critics Awards, 2nd The Seoul Awards dan di 10th Film Award of the Year. Selain itu, Nam Joo Hyuk pernah memenangi Best New Actor –  Weighlifting Fairy Kim Bok Joo (2016 MBC Drama Awards), Popularity Actor Award (2015 KBS Drama Awards) dan Best New Actor (4th APAN Star Awards) menerusi drama “Who Are You : School 2015:. Nam Joo Hyuk juga pernah memenangi Popular Rookie Actor menerusi “Weightlifting Fairy Kim Bok Joo” di 5th 2016 CariKdrama Awards.

Kehadiran Nam Joo Hyuk pada 22 Mac 2019 depan merupakan kunjungan kedua beliau ke Malaysia untuk mengadakan acara Fan Meeting. Pastinya para peminat beliau menantikan saat-saat ini sementelah drama “Dazzling In Your Eyes” lakonan Nam Joo Hyuk, Han Ji Min, Son Ho Jun baru sahaja ditayangkan menerusi rangkaian JTBC. Sedikit-sebanyak ia dapat mengubati kerinduan para peminatnya.

2019 NAM JOO HYUK FANMEETING <Current> in KUALA LUMPUR akan diadakan di KL Convention Centre Plenary Hall pada 23 March 2019 depan bermula jam 7.00 petang.

Harga tiket bermula RM388 bagi CAT 2, RM488 bagi CAT 1, dan RM598 bagi tempat duduk VIP. Tiket fan meeting tersebut telah mula dijual pada hari ini (11 Februari 2019) di laman sesawang rasmi ticket2u di www.ticket2u.com.my/event/12885 selaku agen tiket rasmi.

Apa yang istimewa kepada para peminat di Malaysia, Nam Joo Hyuk bakal terlibat bagi sesi ‘HIGH TOUCH’ serta ‘GROUP PHOTO’ di mana beliau dan peminat dapat berinteraksi dengan lebih dekat lagi pada sesi tersebut (tertakluk kepada kategori tiket dan mereka yang terawal). 100 orang pertama pembeli tiket  berpeluang untuk memiliki sekeping poster yang telah ditandatangani oleh Nam Joo Hyuk.

Ketika sesi Fan Meeting, Nam Joo Hyuk dikhabarkan akan membuat persembahan nyanyian, dan sesi berinteraksi secara dekat dengan para penonton. Untuk sebarang maklumat lanjut berkaitan 2019 NAM JOO HYUK FANMEETING <Current> in KUALA LUMPUR, anda boleh ikuti FB Applewood dan juga GTS Marketing.

Jom tonton pesanan Nam Joo Hyuk buat para peminatnya di Malaysia. Jadi, sila jangan terlewat lepaskan peluang untuk bertemu dengan beliau.

Apapun, kami mengharapkan para peminat Nam Joo Hyuk untuk mendapatkan tiket daripada agen rasmi dan bukannya dari orang tengah atau ulat tiket bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini. Anda juga dinasihatkan untuk mendapatkan tiket anda awal sebelum ianya kehabisan.

Komentar

comments

loading...