/Selepas BTS, kini Blackpink pula melangkaui ke benua Amerika

Selepas BTS, kini Blackpink pula melangkaui ke benua Amerika

Tidak semudah itu untuk menapakkan diri di negara Uncle Sam ini. Beberapa selebriti Kpop saja seperti Wonder Girls, Psy dan BTS saja setakat ini menembusi pasaran muzik di sana.

Penangan single “Ddu-Du Ddu-Du”  yang dikatakan maha hebat di rantau Asia, single solo oleh Jennie serta kolaborasi mantap Blackpink dengan Dua Lipa telah memungkinkannya. Single Ddududududu berjaya menduduki no.55 dalam carta Billboard Hot 100.

TVC-mall WW

Buat pertama kali, pihak produksi tv berpengaruh di Amerika Syarikat menerusi ‘Good Morning America’ telah menjemput Blackpink sendiri ke program mereka sempena promosi di minggu fesyen New York berlangsung bermula 12 Februari 2019. Ini kali ke-2 mereka berbuat demikian selepas kejayaan menampilkan BTS sebelum ini.

Walaupun belum lagi debut dengan album tersendiri di benua Amerika, namun penerimaan rakyat Amerika terhadap Blackpink tak boleh disangkalkan lagi. Video klip “Ddu-Du Ddu-Du” saja sudah mencatat lebih 600 tontonan dengan secebis peratusannya datangnya daripada rakyat mereka sendiri.

Peminat Blankpink, yakni ‘Blinks’ dijangka akan memenuhi ruang ‘Time Square’ New York pada pagi 12 Februari 2019 untuk menonton lintas langsung temubual Blackpink bersama hos ‘Good Morning America’ selain menikmati persembahan mereka.

Bagi ‘Blinks’ Malaysia, jangan lupa saksikan konsert julung-julung kali Blackpink di Malaysia pada 23 dan 24 Februari 2019 ini. Selagi tiket masih ada, sila dapatkan sebelum terlambat

Sumber: Forbes

Komentar

comments

loading...

Admin Kmania.