/[Siri 16] Kulit seputih salji menjadi idaman rakyat Nusantara kerana terikut-ikut kecantikan Korea?

[Siri 16] Kulit seputih salji menjadi idaman rakyat Nusantara kerana terikut-ikut kecantikan Korea?

Pernah beberapa kali penulis tekankan bagaimana para wanita di Korea Selatan mula mengeluh dengan standard kecantikan yang begitu tinggi di sana. Tahap piawaian kecantikan di Korea Selatan yang begitu tinggi dan rigid. Bagi mereka cantik dan sempurna itu adalah, berkulit putih dan cerah, bermata besar, hidung mancung, kaki yang langsing dan panjang, bibir merah dan berwajah kecil. Menjadi ciri-ciri ini sebagai penanda aras sebagai cantik, menyebabkan ramai wanita yang membelanjakan wang yang banyak untuk memiliki wajah yang cantik, terutamanya untuk memiliki kulit putih secerah Snow White.

 

Kalau ikutkan kisah Snow White, sebelum mengandung, ibunya begitu inginkan seorang anak. Sehinggalah suatu hari, jari beliau terluka dah darah menitis ke atas salji. Melihatkan keadaan darah dan salji itu, beliau berdoa untuk dapatkan anak yang kulitnya seputih salji, bibir merah seperti darah dan berambut hitam. Maka, tuhan telah makbulkan doa beliau dengan kelahiran Snow White. Sebuah kisah dongeng, namun kisah dongeng ini menjadi realiti apabila semakin ramai mula menginginkan kulit secerah Snow White dan sanggup melakukan apa sahaja untuk memilikinya.

TVC-mall WW

Majalah Artefact menjelaskan kegilaan untuk memiliki kulit putih di Korea Selatan khususnya telah menjadi satu obsesi yang mana, peratusan yang besar penduduknya mula beralih kepada produk dan prosedur pemutihan kulit (sebagai contoh suntikan glutathione) untuk mencapai warna kulit seolah-olah porselin. Kulit mulus dan putih bak porselin ini dilihat sebagai kulit wajah ideal. Cantik.

Mereka juga menjelaskan keinginan untuk memiliki kulit cerah dan putih ini bersifat cultural mereka.  keinginan ini dikaitkan dengan piawaian cantik di Asia Tengah  adalah kulit yang putih dan mulus. Di samping itu, para artis juga memainkan peranan dalam meletakkan tahap piawaian kecantikan yang tinggi. Sama ada pelakon atau penyanyi terutamanya artis Kpop, rata-rata memperlihatkan wajah putih dan mulus. Kecantikan para selebriti ini sentiasa menjadi perbualan orang ramai. Malah ada yang dikatakan apabila mula-mula debut dulu tidak lah secerah dan seputih sekarang.

Penetapan cantik itu berwajah putih bukan hanya di Korea Selatan. Apabila masyarakat Barat mendambakan kulit tan seperti Jenifer Lopez dan Ariana Grande berbeza dengan masyarakat Asia. Menurut South China Morning Post pula, pasaran pemutihan kulit kini bernilai berjuta-juta dolar di China, Malaysia, Filipina dan Korea Selatan, yang mana berasal dari standard kecantikan yang tidak realistik. Kebanyakan negara di seluruh Asia, memaparkan iklan dan papan iklan yang mana mempunyai ciri-ciri model berkulit cerah yang memperlihatkan produk seperti krim pemutih, tablet, pelindung matahari dan sebagainya.

Kajian yang dilakukan oleh World Health Organisation pada 2017, memperlihatkan hampir 40 peratus wanita di negara-negara termasuk China, Malaysia Filipina dan Korea Selatan berkata mereka sering menggunakan produk pemutihan. Bahkan di India, memperlihatkan 60 peratus daripada pasaran penjagaan kulit terdiri daripada produk pemutihan. Walaupun pasaran pemutih kulit global kini bernilai 4.8 bilion dolar dan menurut Global Industry Analyst, jumlah itu akan meningkat kepada 8.9 bilion dolar menjelang 2027.

Akhbar South China Morning Post terang-terang memperlihatkan bagaimana Malaysia juga sebahagian daripada mereka yang obsesi dengan memiliki kulit putih. Tengok sahaja iklan-iklan kecantikan di kaca televisyen ataupun di papan iklan di tepi-tepi lebuh raya. Adakah kita juga menuju ke arah tahap piawaian kecantikan yang rigid? Cantik perlulah putih melepak? Bagaimana pula dengan mereka yang memiliki kulit berwarna dan tan?

Baru-baru ini kes viral melibatkan pemenang Dewi Remaja iaitu Haneesya Hanee. Di sini, penulis tidak mahu menyentuh isu viral beliau, tetapi ingin menyentuh kepada isu tanggapan terhadap warna kulit. Bagaimana komen-komen rakyat Malaysia terhadap warna kulit beliau. Pandangan negatif netizen terhadap warna kulit beliau seolah-olah menjadi isu utama dalam perjuangan seni beliau. Malah, soalan di final juga ditanyakan mengenai isu warna kulit.

Bagi penulis, mereka di Korea Selatan mungkin sukar untuk menerima mereka yang berkulit berwarna ini disebabkan oleh ciri-ciri mereka yang homogenous. Tetapi, Malaysia yang berlatar belakang masyarakat bersifat berpelbagaian, kita bukan sahaja berpelbagai agama dan kaum, kita juga hadir dalam pelbagai warna. Dengan isu lambakan produk pemutih di tanah air ini, penulis berharap Kementerian Kesihatan Malaysia mulakan kempen menyedarkan masyarakat kita akan bahaya dan kesan sampingan produk-produk ini. Penulis berharap kita akan bersifat lebih terbuka dan menerima sifat-sifat dan ciri-ciri keaslian kita yang unik dan cantik. Penulis juga berharap masyarakat kita tidak akan bersifat pembenci dan diskriminasi terhadap mereka yang memiliki kulit lebih berwarna. Malah, kita rakyat Malaysia terkenal dengan kecantikan asli sawo matang sebagai identiti kita.

Sumber ; ArtefactSCMP

Komentar

comments

loading...