/Park Bo Gum cipta sejarah tersendiri ‘debut’ sebagai penyanyi di Jepun

Park Bo Gum cipta sejarah tersendiri ‘debut’ sebagai penyanyi di Jepun

   Park Bo Gum akan memulakan kerjaya sebagai penyanyi di Jepun. Dia akan mengeluarkan “single” berjudul “Bloomin” pada 20 Mac. Lagu ini akan berkisarkan hubungan cinta jarak jauh yang digambarkan mekar seperti bunga. “Single” ini turut memuatkan lagu berjudul “Bright Future “. Kerjaya  Park Bo Gum di Jepun akan diuruskan oleh Pony Canyon Japan.

    Park Bo Gum menyatakan dia sangat gembira dengan kemunculan sulung album “single” ini.  Park Bo Gum menyatakan hasrat untuk menyentuh hati para peminat Jepun dengan keikhlasan hatinya melalui album  ini.”Saya berharap dapat menunjukan sisi lain diri saya dan saya harap anda akan sukakannya.”

TVC-mall WW

    Ini bukanlah kali pertama Park Bo Gum merakamkan lagu. Dia pernah menyanyikan OST “Love in the Moonlight” yang berjudul ” My Person ” . Selain itu dia juga pernah menjalani uji bakat di YG namun tidak berjaya terpilih. Pengasas YG, Yang Hyun Suk juga pernah menyatakan kekasalannya tidak mengambil Bo Gum sebagai pelatih. Drama terbaru Park Bo Gum , Encounter baru sahaja tamat ditayangkan melalui saluran  TVN dan TVN Asia.

Untuk peminat di Malaysia , jangan lupa anda boleh juga mendengar dan melihat Park Bo Gum menyanyi di perjumpaan peminat pada bulan Mac ini. Sebarang info mengenai perjumpaan peminat Malaysia boleh dibaca di sini.

Komentar

comments

loading...