/[Siri 15] 4 Masker ini berkesan untuk perolehi kecantikan asli dari ekstrak bunga sebenar

[Siri 15] 4 Masker ini berkesan untuk perolehi kecantikan asli dari ekstrak bunga sebenar

Minggu lepas, penulis mencoretkan mengenai tips kecantikan polos dari pelakon popular Park Shin Hye. Tentu ramai mengetahui bahawa Park Shin Hye juga merupakan duta kepada produk kecantikan Mamonde. Hari ini, penulis ingin berkongsikan 4 jenis masker muka yang paling popular di bawah jenama ini. Keempat-empat masker ini diperbuat daripada bahan-bahan yang mengandungi sumber kebaikan dan juga tekstur bunga sebenar. Selain itu, masker ini datang dari pelbagai jenis tekstur, tanah liat, gel dan buih –buih seperti chiffon. Pengguna tidak perlu risau, penggunaannya begitu senang sama ada untuk mengawal liang pori, mencerahkan wajah, menenangkan kulit atau untuk memberi kelembapan.

  1. Petal Purifying Bubble Mask

Produk paling popular di Mamonde. Dinobatkan sebagai Best Seller dan sering kali disyorkan oleh peminat-peminat Bubble Mask. Masker ini diperbuat daripada kelopak bunga mawar, berfungsi untuk membersihkan dan menyucikan kulit dengan sebatian yang begitu halus. Masker jenis ini, akan menghasilkan buih-buih mikro bertekstur chiffon lembut dan gebu. Sejenis mask yang perlu dibilas dan dibasuh sejurus setelah masa yang ditetapkan tamat.

TVC-mall WW

Bagaimana menggunakannya?

Mulakan dengan membersihkan muka dengan pembersih wajah terlebih dahulu. Kemudiannya, sapukan toner untuk menyegarkan kulit wajah. Dengan menggunakan tangan yang betul-betul kering, ambil masker dalam kuantiti secukupnya dan sapukan pada seluruh wajah kecuali mata dan bibir. Selepas 1 minit, setelah buih-buih halus terbentuk, urut wajah dengan air suam secara perlahan-lahan. Langkah terakhir adalah mencuci sisa-sisa buih dan membilas wajah dengan air suam.

  1. Pore Clean Clay Mask

Memiliki kulit berminyak, liang pori yang besar dan kulit sering mengelupas? Jangan risau. Pore Clean Clay Mask ini boleh membantu memulihara kulit wajah anda. Sejenis masker tanah liat yang diperbuat daripada Eoseongcho asli, yang juga mengandungi ekstrak daun Houttuynia Cordata. Eoseongcho berfungsi sebagai antibakteria dan anti radang, manakala daun Houttuynia berfungsi untuk meneutralkan paras sebum berlebihan dan membersihkan liang pori.

Bagaimana menggunakannya?

Mudah sahaja. Setelah membersihkan wajah dan menyapu toner, ratakan masker keseluruhan wajah kecuali kawasan mata dan bibir. Biarkan selama 10 ke 15 minit dan kemudian, bilas dengan air suam.

  1. Calming Hydro Sleeping Mask

Berbeza dengan yang sebelum ini, mask kali ini jenis untuk pemakaian di waktu malam dan anda boleh membiarkan masker ini sepanjang malam. Di dalam tekstur gel, bertujuan untuk lembap dan menyegarkan kulit. Sleeping Mask ini mengandungi kelopak bunga Calendula yang membantu menenangkan kulit wajah anda sewaktu anda tidur.

Bagaimana menggunakannya?

Masker ini sebagai langkah terakhir dalam rutin penjagaan kulit di waktu malam. Ratakan keseluruhan wajah kecuali kawasan mata dan bibir, pastikan masker benar-benar menyerap ke dalam kulit dan tidur. Keesokannya, hanya perlu membersihkan dengan air sahaja.

  1. Enriched Nutri Sleeping Mask

Masker yang terakhir, memfokuskan kepada mereka yang memiliki kulit yang sangat kering dan mengelupas. Mengandungi minyak Evening Primrose yang berfungsi membaiki kulit wajah kering dan mengelupas agar kembali bersih dan berseri. Cara penggunaannya, sama seperti masker di atas. Pakai di akhir rutin penjagaan kulit anda dan pastikan anda mendapat tidur yang lena. Keesokannya, bangun dan bersihkan wajah anda.

Komentar

comments

loading...