/Han Ji Min merampas Jung Hae In dari tangan Son Ye Jin untuk MBC Spring Night

Han Ji Min merampas Jung Hae In dari tangan Son Ye Jin untuk MBC Spring Night

Han Ji Min dan Jung Hae In bersetuju untuk membintangi drama terbaru MBC Spring Night arahan PD Ahn Pan Suk yang popular dengan naskah seperti jtbc Pretty Noona Who Buy Me Foods , jtbc Secret Love Affair dan SBS Heard It Through Grapevine.

Son Ye Jin sebelum ini ditawarkan untuk gandingan keduanya bersama Jung Hae In dan digantikan dengan Han Ji Min pada hari ini. Beliau akan membawa watak pustakawan bernama Lee Jung In , yang beberapa kali dikecewakan cinta sehingga menongkah usia 30-an. Pada suatu hari, Lee Jung In menemui jejaka kacak yang bakal mengubah hidupnya ke arah lebih baik. Jejaka itu yang bakal dilakonkan Jung Hae In. MBC Spring Night mungkin berlainan daripada hasil pengarah ini yang sebelum ini berbentuk ‘dark comedy’ dan penceritaan dilakukannya kelihatan abstrak sehingga kadang-kala memprovokasikan tanggapan penonton, malah kali ini ia mungkin lebih melodramatik.

Dalam satu laporan oleh pihak media, Jung Hae In mengesahkan penglibatannya dengan berkata, “Apabila saya diberikan skrip oleh pengarah Ahn Pan Suk, saya betul-betul mahu lakukannya tanpa ragu. Saya akan cabarkan diri kerana saya yakin mampu tonjolkan emosi pelbagai daripada karakter saya pernah bawa sebelum ini.”

Han Ji Min juga sedang membintangi jtbc Dazzling bersama Nam Joo Hyuk yang akan ditayangkan tak lama lagi, menjadikan dia dan Ju Ji Hoon, artis Korea pertama mempunyai dua drama memegang sebagai watak utama yang berselang-selang dalam satu masa.

Sumber: OSEN

Komentar

comments

loading...

Admin Kmania.