/BTS nafi sedang ‘shooting’ video single terbaru; minta peminat bersabar

BTS nafi sedang ‘shooting’ video single terbaru; minta peminat bersabar

BTS  menafikan bahawa mereka sedang melakukan penggambaran untuk video single terbaru yang dicanang-canang peminat semalam. Khabar angin itu timbul apabila sebuah portal media melaporkan bahawa BTS telah mengunjungi Namyangju di daerah Gyeonggi pada minggu lepas untuk menjalani pembikinan video klip single terbaru.

“Khabar angin itu tak benar. Apabila tiba masa mereka melakukan kemunculan semula, kami akan beritahu. Bersabar ya , ” kata agensi hiburan Big Hit meredakan khabar angin  tertular pagi tadi.

Kelmarin, agensi Big Hit memuatnaik keratan video memperlihatkanTaehyung BTS sedang merakam lagu ciptaannya sendiri yang mana mungkin akan dimuatkan ke dalam album solonya atau album BTS tak lama lagi. BTS mencipta rekod sebagai satu-satunya kumpulan kpop yang berjaya menembusi pasaran Amerika Syarikat dengan mengungguli carta jualan album Billboard sebanyak dua kali berturut-turut.

Sumber: hankookilbo

 

TAGS:

Komentar

comments

loading...

Admin Kmania.