/Bagaikan suatu kewajipan, Park Bo Gum kembali lagi ke Kuala Lumpur sempena Asia Tour 2019

Bagaikan suatu kewajipan, Park Bo Gum kembali lagi ke Kuala Lumpur sempena Asia Tour 2019

Nampaknya peminat-peminat pelakon merangkap pengacara dan penyanyi yang datang dari Korea Selatan, Park Bo Gum, boleh mula untuk menabung setelah Love Live Entertaiment (Asia) dan AC Music Entertaiment selaku penganjur yang telah dilantik untuk menjayakan fan meeting tersebut mengumumkan tempat dan harga tiket bagi sesi bertemu yang akan berlangsung pada 30hb Mac akan datang. Sesi bertemu peminat bagi Park Bo Gum pada tahun 2019 ini bukanlah yang julung kali di adakan di sini, di mana beliau pernah meluangkan masa bermesra dengan para peminat beliau di sini pada tahun 2016. Bahkan, beliau juga pernah berkunjung ke sini bagi sama-sama melancarkan koleksi telefon pintar Galaxy S9 dan S9+ keluaran Samsung pada bulan Mac tahun lalu.

Nama Park Bo Gum yang mula meningkat naik setelah membintangi drama-drama terbaik seperti Hello Monster, Reply 1988, Love in the Moonlight dan drama terbaru Encounter. Drama rantaian bersiri Encounter yang bergenre romantik dan melo-drama ini, merupakan satu cubaan beliau memilih watak yang berbeza daripada watak-watak dari drama beliau sebelum ini.

TVC-mall WW

Di dalam Encounter, beliau memegang watak Kim Jin Hyuk, seorang anak muda yang ceria dan boleh merasai kegembiraan pada setiap perkara walaupun perkara kecil. Beliau digandingkan bersama pelakon wanita hebat Song Hye Gyo, yang mana isteri kesayangan kepada pelakon terkenal Song Joong Ki ini membawa watak Cha Soo Hyun, seorang janda dan anak perempuan kepada ahli politik terkenal. Dengan latar belakang keluarga dan sifat yang jauh berbeza, mereka berdua bertemu di Cuba sebagai orang asing sebelum bertemu kembali di Seoul sebagai pekerja dan ketua di Hotel Donghwa. Walaupun mereka berdua berbeza dari segenap segi tetapi masing-masing berkongsi rasa cinta yang sama.

Setelah Park Bo Gum sibuk dengan penggambaran drama bersiri Encounter atau dikenali juga dengan tajuk Boyfriend yang baru sahaja melabuhkan tirai pada Khamis yang lalu, kini beliau akan menumpukan aktiviti beliau dengan fan meeting pula. Sesi siri jelajah Asia kali ini yang diberi nama akan bermula di Seoul, Korea Selatan pada hari ini tanggal 26hb Januari dan akan diikuti di lokasi seterusnya di Jepun dan Bangkok pada bulan Februari sebelum bersambung di Singapura, Hong Kong, Jakarta dan Kuala Lumpur pada bulan Mac. Siri jelajah ini akan bersambung kemudiannya pada bulan April di Taiwan pula.

Masih lagi mengekalkan tempat yang sama dengan fan meeting sebelum ini, akan diadakan di KLCC Plenary Hall dengan harga tiket bermula RM390 bagi CAT 3, RM490 bagi CAT 2, RM590 bagi CAT 1 dan RM690 bagi tempat duduk VIP (tidak termasuk rm4 bagi yuran pemprosesan). Tiket fan meeting tersebut akan mula dijual pada 2hb Februari 2019 jam 11.00 pagi di laman sesawang rasmi TicketCharge di http://www.ticketcharge.com.my/ selaku agen tiket rasmi. Apa yang istimewa yang bakal diberikan oleh beliau bagi para peminat di Malaysia adalah sesi ‘HIGH TOUCH TIME’ di mana beliau dan peminat dapat berinteraksi dengan lebih dekat lagi pada sesi tersebut.

Selain itu, beliau sendiri telah mereka bentuk light stick rasmi sebagai tanda terima kasih beliau kepada peminat-peminat yang sentiasa menyokong beliau.

2019 Park Bo Gum Asia Tour In Kuala Lumpur
Tarikh   : 30hb Mac 2019 (Sabtu) 
Tempat : KLCC Plenary Hall
Waktu   : 6 Petang

Komentar

comments

loading...