/“SKY Castle” terus catat sejarah manakala “Romance is a Bonus Book” pula bermula dengan baik

“SKY Castle” terus catat sejarah manakala “Romance is a Bonus Book” pula bermula dengan baik

Nampaknya, drama ‘SKY Castle’ terus berada dipuncak rating terbaik dan terus melakar sejarahnya tersendiri. Manakala drama “Romance Is A Bonus Book” mencatatkan permulaaan tayangan pada tahap yang memberangsangkan.

Minggu lepas, “SKY Castle” telah berjaya membenamkan rekod tontonan tertinggi dipegang “Goblin”  dalam sejarah penayangan bagi cenel-cenel kabel.

TVC-mall WW

Pada 26 Januari, “SKY Castle” memecahkan rekod tontonannya sendiri sebanyak 22.3 peratus (menerusi episode 18) dan sekaligus mendapat rating tontonan tertinggi dalam sejarah tayangan rangkaian kabel. Dan berdasarkan data daripada Nielsen Korea, untuk episode ke 19, drama tersebut sekali lagi mencatatkan tayangan yang terbaik iaitu sebanyak 23.2 peratus tontonan diseluruh negara. 

Episode terbaru menceritakan Hwang Chi Young (lakonan Choi Won Young) berdepan kepayahan bagi membuktikan anaknya Hwang Woo Joo (Chan Hee) tidak bersalah setelah menjadi suspek utama pembunuhan Kim Hye Na. Beliau sedaya mampu untuk memberikan yang terbaik untuk Hwang Woo Joo.Apa yang menyentuh perasaan penonton adalah, bagaimana kasih sayang antara Hwang Chi Young, Lee Soo Im dan Hwang Woo Joo dalam memberikan kekuatan serta bersatu dalam frasa penuh cabaran itu sehingga saat pembebasan Woo Joo.

Sebelum itu, penduduk di SKY Castle dan rakan sekolah telah laksanakan satu petition untuk membuktikan Hwang Woo Joo tidak bersalah. Manakala kedua anak Han Seo Jin; Kim Hye Won dan Lee Ji Won serta suaminya Kang Joon Sang Cha turut memberikan keterangan mengenai kes pembunuhan tersebut. Dalam masa yang sama, turut dipaparkan kisah silam Kim Yoo Joung sehingga mengakibatkan beliau kelihatan dingin itu. Drama akhir “SKY Castle” akan disiarkan pada 1 Februari depan.

Bagi drama hujung minggu terbaru tvN “Romance is a Bonus Book” telah mencatatkan rating tontonan pada purata 4.3% dan naik kepada 5.2% tontonan pada waktu puncak. Drama ini dibintangi oleh Lee Na Young dan Lee Jong Suk. Bagi episode pemulaan, ia mengisahkan kehidupan Kang Dan Yi (lakonan Lee Na Young) yang berjaya meraih simpati penonton.

 

Baca juga : 4 sebab ini kenapa perlu tonton drama tvN “Romance is a Bonus Book”

Kang Dan Yi telah melarikan diri dari majlis perkahwinannya dan tiba-tiba muncul dalam kereta Cha Eun Ho (Lee Jong Suk). Bagaimanapun, Cha Eun Ho telah meminta beliau kembali ke majlis perkahwinannya dan dalam masa yang sama turut beri pilihan untuk melarikan diri. Namun, Kang Dan Yi memutuskan untuk kembali semula ke majlis perkahwinannya. Setelah tjuh tahun berlalu, Kang Dan Yi telah bercerai dan mengalami kepayahan dalam meneruskan kehidupannya. Beliau cuba mencari pekerjaan, namun disebabkan telah tujuh tahun beliau tidak bekerja ia memberikan kesukaran baginya mendapat pekerjaan. Kehidupan Kang Dan Yi sememangny penuh cabaran dengan tidak memiliki kewangan yang stabil, kehilangan rumah dan akhirnya muncul dirumah Cha Eun Ho. Sedikit sebanyak kepayahan hidup Kang Dan Yi membuat penonton simpati sementelah kehidupan seharian perlu diteruskan.

“Romance is a Bonus Book” akan bersiaran setiap Sabtu dan Ahad di tvN pada jam 9.00 malam dan bagi penonton dinegara-negara Asia, korang boleh tonton di Netflix beserta Subtitle mulai 5 Februari depan  pada waktu yang sama.

Sumber : Naver | Naver

Komentar

comments

loading...