/Taehyung BTS rakam lagu ciptaan sendiri untuk solo terbaru?

Taehyung BTS rakam lagu ciptaan sendiri untuk solo terbaru?

Lupakan sekejap bercerita tentang dakwaan segelintir peminat Kim Tae Hyung sebelum ini berhubung ketidakadilan ke atas Taehyung disebabkan kesilapan kecil pihak tertentu, semalam laman twitter @BTS_twt telah memuatnaik satu keratan video tentang lagu baru ciptaan Taehyung tersendiri berkolaborasi bersama pemuzik yang tak dinamakan.

Di dalam video itu, Taehyung dilihat bersetuju dengan susunan muzik dilakukan oleh lelaki itu dengan mengatakan “Okay”. Lagu tersebut mungkin berentak melo dengan nuasa R&B untuk disesuaikan dengan jenis suara baritone-nya. Taehyun pernah mencipta lagu bersama rakan-rakan sekumpulannya seperti ‘RUN’ , ‘Hold Me Tight’ dan ‘Stigma’. Taehyung tak terlibat dalam pembikinan lagu nyanyian solonya sebelum ini yang berjudul ‘Singularity’ , yang mana sebenarnya ia dikompos oleh Charles J Perry dan ditulis liriknya oleh Kim Nam Joon.

Sejurus selepas dimuatnaik, hasilnya , keratan video itu telah berjaya meraih lebih 5 juta tontonan dengan ciapan (“retweet”) lebih 455,0000. Setakat ini, pihak media belum diberitahu bilakah lagu itu akan dikeluarkan sebagai single solo terbarunya.

Sumber: Billboard ,

Komentar

comments

loading...