/Si ayah ini tanpa rasa malu mengaku meramas zakar anaknya di dalam rancangan tv ‘Hello Counselor’

Si ayah ini tanpa rasa malu mengaku meramas zakar anaknya di dalam rancangan tv ‘Hello Counselor’

Satu episod berkenaan pengakuan ibubapa terhadap salah laku seks terhadap anaknya yang ditayangkan menerusi rancangan KBS Hello Counselor minggu lepas telah dikecam teruk oleh netizen kerana tak sensitif bahawa perbuatan itu jelas adalah deraan seksual terang-terang terhadap kanak-kanak.

Netizen yang menonton keratan video itu turut merasa meluat dengan pengakuan ayah kanak-kanak tersebut yang telah memaksa anak lelakinya menanggalkan seluar pada suatu ketika sambil meramas kemaluannya. Malah, ayah budak lelaki tu turut mengaku pernah menjilat atau mengucup tubuh anaknya sehingga ke bahagian kemaluannya. Lebih teruk lagi, perbuatan itu dilakukannya tanpa rasa bersalah sambil diselangi dengan gelak tawa oleh hadirin di dalam rancangan tersebut.

TVC-mall WW

Ibu kanak-kanak lelaki itu dikatakan diundang ke KBS Hello Counselor untuk meminta nasihat secara terbuka bagi mengubah tabiat suaminya yang suka menyentuh kemaluan anaknya, yang mana disifatkan oleh suaminya sebagai gurauan semata-mata. Selain anak lelaki berusia 5 tahun, mereka juga mempunyai anak perempuan berusia 3 tahun.

“Dia akan menangkap mereka dan mengucup mereka dari hujung rambut ke hujung kaki, ia termasuklah bahagian kemaluan anak lelaki saya. Apabila dia cuba menyentuh sekali lagi, anak lelaki saya melarikan diri dan bersembunyi. Ada kalanya, suami saya tetap mengusiknya sekali lagi walaupun anak saya sudah menangis, mungkin kerana malu,” kata ibunya itu di hadapan pengacara temubual Hello Counselor, Shin Do Hyup.

“Saya cuba menghentikan perbuatan itu tapi lama-kelamaan saya biarkan. Suami saya kata ianya hanya sekadar untuk menghidupkan ‘bonding’ antara ayah dan anak lelakinya, ” dakwa wanita tersebut.

Kemudian, Yuju Gfriend dan tetamu Hello Counselor lain yang terdiri golongan selebriti Kpop itu , menanyakan kepada ayahnya kenapa dia tergamak menyentuh kemaluan anak lelakinya berulang-ulang kali.

“Kulit anak saya sangat putih mulus. Apabila saya menarik turun seluarnya, saya dapati bahagian itu (zakar) berwarna putih. Tabiat sentuhan ini berlarutan sewaktu dia masih bayi lagi. Pada mulanya dia suka dan turut ketawa sekali, tetapi sejak saya menyentuhnya selama 5 atau 10 minit, dia sudah tak suka,” jawab si ayah sambil diperhatikan anaknya di sebelah yang berasa tak selesa akan perbuatan ayahnya itu.

“Walaupun saya suka bergurau, saya cakap kat anak saya, bahagian itu (zakar) sangat bernilai untuk disentuh oleh kawan-kawan kecuali ayahnya saja kerana saya berbeza daripada mereka,” tambahnya lagi tanpa rasa malu akan perbuatan mendera secara seksual ke atas anaknya itu.

Akibatnya, keratan video tayangan episod berkenaan telah mendapat tindakbalas dahsyat netizen lantas tertular di laman sosial twitter bermula semalam. Sehubungan dengan itu, sebilangan netizen bertindak menghantar petisyen kepada KBS supaya menghentikan rancangan itu serta-merta kerana seolah-olah membenarkan gangguan seksual ke atas kanak-kanak tanpa rasa bermalu malu dan bersalah akan perbuatan tersebut. Sementara itu, pihak produksi KBS belum lagi keluar sebarang kenyataan berhubung dakwaan ‘child sex abuse’ di dalam rancangan Hello Counselor berkenaan.

https://www.youtube.com/watch?v=TQspZFZ2p10

Komentar

comments

loading...

Admin Kmania.